Detik Waktu

Showing posts with label Kuliah. Show all posts
Showing posts with label Kuliah. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

TAZKIRAH SUBUH DARI MASTAAF SIRI 3

Tarikh: 9 Mac 2011
Masa: 6.30 pagi
Oleh: Ustaz Abdul Aziz Mohd Salleh
Buku: Keanehan Orang Warak

Kisah 19: Tersalah berselawat, kedai terus ditutup

Pada suatu hari, ketika Imam Abu Hanifah sedang berada di kedai kainnya, datang seorang wanita untuk membeli kain. Wanita itu menginginkan kain sutera yang baik. Lalu Imam Abu Hanifah menyuruh seorang pekerjanya mengambil kain itu di tempat simpanan. Setelah mengambil kain itu, pekerjanya tadi menepuk-nepuk kain itu sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Imam Abu Hanifah yang melihat kejadian itu begitu tidak suka dengan perbuatan itu kerana telah meletakkan selawat ke atas Rasulullah SAW tidak kena pada tempatnya. Selawat dibaca untuk mendapat pahala dan syafaat daripada Rasulullah SAW,bukan untuk memikat atau melariskan perniagaan. Tegur Abu Hanifah kepada pekerjanya, "Kamu telah memuji-muji kain perniagaanku dengan membaca selawat ke atas Nabi"

Beliau memarahi pekerjanya dengan menyatakan bahawa hasil yang bakal diperolehi pada hari itu tidak bersih. Maka kata Imam Abu Hanifah, "Hari ini aku tidak akan berniaga". Maka beliau telah menutup kedainya pada hari itu hanya kerana pekerjanya salah meletakkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.


Kisah 20: Berpantang makan kambing seumur kambing

Imam Abu Hanifah pernah berpantang makan kambing selama beberapa tahun. Sebabnya sangat remeh. Pada suatu hari, beliau mendapat kambing-kambing hasil rampasan telah dibawa masuk ke dalam kampungnya. Lalu kambing-kambing itu bercampur dengan kambing tempatan. Maka sukarlah untuk dibezakan yang mana satu kambing tempatan, dan yang mana satu kambing hasil rampasan. Apalagi, para peniaga yang tidak mengambil kisah tentang sumber bekalan kambing itu.

Imam Abu Hanifah telah bertanyakan kepada orang yang arif berkenaan kambing tentang kebiasaan jangka hayat seekor kambing. Lelaki itu menyatakan bahawa jangka hayat seekor kambing pada kebiasaannya adalah 7 tahun. Lalu bermula saat itu sehingga tujuh tahun yang berikutnya, Imam Abu Hanifah berpantang daipada makan kambing kerana mengelakkan daripada memakan makanan dari sumber yang syubhat.

Sunday, March 6, 2011

TAZKIRAH SUBUH DARI MASTAAF SIRI 2

Tarikh: 6 Mac 2011
Masa: 6.30 pagi
Buku: Keanehan Orang Warak
Oleh: Ustaz Abdul Aziz Mohd Salleh


Kisah 16: Minta Subang Berlian, Dapat Bara Api

Siapa yang tidak bangga mempunyai ayah sebagai seorang ketua negara. Apa sahaja yang diminta dan diingini pasti akan diperolehi. Apalagi kalau sebiji subang berlian, bukan sepasang. Suatu hari salah seorang anak perempuan kepada Khalifah Umar bin Abdul Aziz telah mengirimkan sebiji subang berlian kepada ayahnya. Dlaam kiriman itu dinyatakan,

"Ayahanda, tolong beli sebiji subang untuk pasangan subang anakanda yang sebiji ini"

Khalifah Umar Abdul Aziz menjawab permintaan anak perempuannya dengan mengirimkan dua biju bara api dengan disertai dengan ucapan,

"Wahai puteriku, kalau engkau sanggup letakkan bara api ini di kedua belah telingamu, maka aku akan belikan pasangan untuk subangmu itu"


Kisah 17: Kerana Sudah Tidak mempunyai Duit, Saku Dibuang

Ketika sebelum dilantik menjadi Khalifah, Umar bi Abdul Aziz adalah seorang yang kaya. Anak-anaknya juga diberikan wang untuk perbelanjaan harian. Baju anak-anaknya mempunyai saku untuk mengisi wang perbelanjaan yang diberikan. Selepas dibai'ah menjadi seorang Khaifah, Umar Abdul Aziz merasakan amanah ini merupakan satu bebanan yang amat berat, seperti dihempap bukit yang besar.

Bukan gaji yang dibayarkan, bahkan kalau terlepas dari soalan dan azab Allah di akhirat kelak sudah bernasib baik. Ketika menghadiri pengebumian jenazah Khalifah Sulaiman bin Abu Talib, sejurus dirinya dibai'ah menjadi ketua negara, Umar bin Abdul Aziz melihat saku baju salah seorang anak lelakinya terkoyak. Lalu beliau berkata kepada anaknya,

"Wahai anakku, engkau buang sahaja saku bajumu itu, dan mulai hari ini kau sudah tidak memerlukannya"

Khalifah Umar berkata demikian kerana mulai hari itu, beliau sudah tidak dapat memberikan wang saku lagi kepada anaknya. Kalau tiada lagi wang yang mampu diberikan, maka tiada guna lagi saku baju itu.


Kisah 18: Anak Khalifah Menjadi Buruh Kasar

Salah seorang anak Khalifah Harun Ar-Rasyid telah menyembunyikan diri dan menyara hidup dari hasil kerja tangannya sendiri, kerana tidak mahu makan pemberian ayahnya yang menjadi ketua negara.

Kisah bermula apabila Harun Ar-Rasyid telah menikahi seorang wanita yang begitu dicintainya, sebelum dilantik menjadi ketua negara. Apabila isterinya sedang hamil, beliau menghantar isterinya ke Basrah dan ditinggalkannya sementara waktu di sana. Harun Ar-Rasyid telah berpesan kepada isterinya,

"Apabila aku telah dilantik menjadi Khalifah, hendaklah engkau segera kembali ke Baghdad"

Beliau juga telah menyediakan harta yang banyak termasuklah barang kemas untuk isterinya menyara hidupnya dan juga anaknya yang akan lahir kelak. Sebentuk cincin besar untuk anak khalifah turut disertakan. Setelah sekian lama, maka isterinya melahirkan seorang anak lelaki, yang dinamakan dengan Ahmad bin Harun.

Tetapi, selepas Khalifah Harun dilantik menjadi Khalifah, isteri dan anaknya tidak juga datang ke istana. Puas Harun Ar-Rasyid menunggu isteri dan anaknya yang tidak kunjung tiba. Ada khabar yang sampai ke istana bahawa anak dan isterinya telah meninggal dunia. Tetapi sebenarnya mereka masih hidup dan enggan kembali ke istana malah menyembunyikan diri kerana Ahmad menjadi seorang yang warak.

Ia juga mahu menyara hidupnya hasil wang usahanya sendiri, tetapi harta yang dibekalkan oleh ayahnya disimpan sahaja. Suatui hari Ahmad kembali ke Baghdad secara senyap-senyap, tetapi tidak menghampiri istana. Beliau datang sebagai seorang anak muda yang ingin mencari kerja. Lalu diterima sebagai pekerja sambilan di sebuah kilang membuat batu bata.

Sebagai pekerja sambilan, beliau hanya bekerja pada hari sabtu sahaja dengan bayaran satu dirham sahaja. Hari-hari yang lain diisi dengan ibadat dan pengabdian diri kepada Allah dan juga menghadiri majlis-majlis ilmu. Duit satu dirham itu digunakan untuk menyara hidupnya selama seminggu. Begitulah seterusnya, dari hari ke hari, dari sebulan ke sebulan. Tidak ada sesiap yang tahu bahawa Ahmad adalah anak Amirul Mukminin yang sedang memerintah negara.

Suatu hari Ahmad jatuh sakit sehingga membawa kematian. Sebelum meninggalkan, Ahmad sempat menyerahkan satu bungkusan kepada majikannya untuk diberikan kepada Khalifah Harun Ar- Rasyid. Ketika meyerahkan bungkusan itu kepada majikannya, beliau berpesan,

"Tuan, jika aku meninggal dunia, maka serahkan bungkusan ini kepada Khalifah Harun Ar-Rasyid. Sampaikan salam saya kepada baginda"

Ahmad sempat menyatakan beberapa ayat nasihat untuk disampaikan kepada Khalifah. Antara ayat nasihat tersebut ialah, "Takutlah Tuanku dijemput maut ketika Tuanku sedang lalai, lalu Tuanku menyesal. Penyesalan pada ketika itu sudah tidak berguna lansung"

Apabila Ahmad telah meninggal dunia dan jenazahnya selamat dikebumikan, maka majikan tadi pergi ke istana untuk menyampaikan amanah yang diberikan kepadanya. Tanya Khalifah Harun akan hajat majikan itu. Kata lelaki itu,

"Ampun Tuanku, hamba ingi menyampaikan bungkusan ini kepada tuanku, yang diamanahkan oleh seorang anak muda".

Lalu diserahkan bungkusan itu, Khalifah Harun Ar-Rasyid membuka bungkusan itu, dan alangkah terperanjatnya baginda apabila melihat bungkusan itu mengandungi barang kemas dan cincin yang diberikan kepada isterinya dahulu. Baginda yakin bahawa pemuda yang dimaksudkan lelaki itu adalah anaknya. Lalu baginda bertanya kepada lelaki tersebut,

"Di manakah pemilik barang ini sekarang?"

Lalu lelaki itu menjawab, "Pemuda itu baru sahaja meninggal dunia. Beliau sebelum itu menjadi buruh sambilan di kilang hamba, bekerja sebagai pembuat batu bata". Lelaki itu juga menceritakan sifat dan peribadi.

Khalifah Harun begitu sedih dan berdukacita, dan berkata kepada lelaki itu, "Sebenarnya kamu telah memberikan kerja kepada anak Amirul Mukminin. Dia adalah anakku"

Kata lelaki itu, "Maafkan saya wahai Amirul Mukminin, saya tidak tahu bahawa lelaki itu adalah anak khalifah"

Harun Ar-Rasyid tidak menyalahkan lelaki itu, kerana baginda tahu bahawa lelaki itu sebenarnya tidak tahu bahawa pemuda itu adalah anak Khalifah Harun. Lalu Khalifah Harun termenung memikirkan sebab-sebab puteranya itu tidak mahu datang ke istana, tidak mahu menjual barang kemas itu, sebaliknya menyara diri dengan menjadi buruh kasar, padahal dia adalah anak seorang Khalifah.

Jawapannya, Ahmad bin Harun telah menjadi seorang yang warak, yang hidupnya hanya tertumpu kepada beribadat kepada Allah.

Wednesday, March 2, 2011

TAZKIRAH SUBUH DARI MASTAAF

Tarikh: 2 Mac 2011
Masa: 6.30am
Buku: Keanehan Orang Warak

Tajuk: Mengembalikan hadiah selepas meninggal dunia

Sesetengah orang soleh tidak mahu menerima hadiah daripada penguasa kerana warak. Aada juga dikalangan mereka yang terpaksa menerima hadiah daripada penguasa kerana dipaksa dan dimarah oleh para penguasa. Tetapi mereka mengagih-agihkan kepada orang lain selepas menerimanya.

Imam Abu hanifah adalah termasuk daripada orang soleh yang tidak mahu menerima hadiah daripada penguasa sekalipun dipujuk, dipaksa dan dipukul. Diceritakan bahawa Khalifah Abu Ja'afar pernah menghantar wang sebanyak 10000 dirham kepada Imam Abu Hanifah, namun beliau menolaknya dengan baik. Sudah tentu Khaliifah Abu Ja'afar marah apabila ada orang menolak hadiah daripada baginda. Khalifah berikrar akan menghantar lagi hadiah dan Imam Abu Hanifah mesti menerimnya. Janjii Khalifah disampaikan orang kepada Imam Abu Hanifah dan diterangkan juga waktu utusan itu akan datang.

Imam Abu Hanifah bersikap tenang sahaja menerima berita itu dan beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Semasa utusan Khalifah datang membawa hadiah, Imam Abu Hanifah sudah bersedia sebelum subuh lagi pada hari itu kerana percaya utusan Khalifah akan datang. Sebaik sahaja selesai solat subuh Imam Abu Hanifah telah bersedia. Beliau berbaring lalu melingkupkan badannya dengan selimut.

Tidak lama kemudian utusan Khalifah datang. Utusan itu bernama Hasan bin Hudhaibah. Beliau mengetuk pintu sambil mengucap salam dan dijawab oleh Imam Abu Hanifah. Lalu bertanya Imam Abu Hanifah, "Siapakah kamu?" Lalu menjawab Hasan, "Saya utusan Khalifah". Lalu dijelaskan maksud kedatangannya untuk menyampaikan hadiah daripada Khalifah kepada Imam Abu Hanifah. Dengan tidak banyak bercakap, Imam Abu Hanifah mengarahkan uncang-uncang emas itu dimasukkan ke dalam bekas yang baik.

Lalu  Imam Abu Hanifah berkata, "Sila letakkan benda itu disebelah sana iaitu di satu sudut di dalam rumah ini". Wang itu diletakkan oleh Hasan sebagaimana yang diarahkan oleh Imam Abu Hanifah. Sedikit pun beliau tidak menyentuhnya apalagi membukanya samaada ketika utusan masih ada atau selepas utusan balik.

Selepas berbulan-bulan wang itu masih berada di dalam belas itu di satu sudut rumah beliau tanpa diusik dan disentuh sedikit pun. Hasan berasa bangga kerana berjaya memujuk seorang imam yang terkenal warak untuk menerima wang daripada Khalifah. Suatu hari Imam Abu Hanifah berpesan kepada anaknya, "Apabila aku telah meninggal dunia dan kau telah menguburkan jenazahku, maka keluarkan uncang-uncang itu dan pulangkan semula kepada utusan Khalifah yang bernama Hasan bin Hudhaibah". Katakan kepadanya, "Inilah barangmu yang telah engkau tinggalkan kepada Imam Abu Hanifah dahulu". Lalu anaknya berjanji, "Baiklah ayah".

Selepas Imam Abu Hanifah meninggal dunia, anaknya segera membawa uncang-uncang itu ke rumah Hasan, lalu menyatakan kepada Hasan: "Wahai Hasan, ayah saya Imam Abu Hanifah telah meninggal dunia dan telah diwasiatkan kepadaku untuk memulangkan benda ini kepada saudara". Lalu ditanya oleh Hasan: "Apa ini". Jawab anak Imam Abu Hanifah," Uncang-uncang ini ditinggalkan kepada Imam Abu Hanifah beberapa masa dahulu".

Lalu Hasan mengambil uncang-uncang itu. Hasan terperanjat besar apabila mendapati uncang-uncang itu  adalah uncang-uncang berisi wang daripada Khalifah yang dhadiahkan kepada Imam Abu Hanifah. Lalu diperhatikan bahawa wang itu tidak sediktpun diusik malah jumlahnya tidak berubah sedikit pun.

Perasaan Hasan ketika itu bercampur antara malu dan terharu kerana dulu dia telah mengaggap dirinya telah berjaya memujuk seorang yang warak untuk menerima wang dariapda Khalifah. Tetapi kini semuanya melesat kerana ulama' besar itu tidak tertarik sedikit pun kepada wang itu. Lalu Hasan berkata, "Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada ayahmu. Demi Allah sesungguhnya ayahmu itu seorang yang berpegang teguh kepada agama".


Tuesday, January 11, 2011

Intipati Kuliah Sheikh Mahmud Siyam

Program: Kuliah Maghrib Khas
Penceramah: Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam
Penterjemah: Ust Mohd Khalil bin TG Haji Abdul Hadi
Tarikh: 10 Januari 2011
Tempat: Masjid Qaryah Balok 

- Sempena tahun baru, ummat Islam digalakkan dan dianjurkan untuk memperbanyakkan ISTIGHFAR kepada Allah SWT atas kesalahan-kesalahan lalu
- Ummat Islam juga dianjurkan untuk sentiasa mengingati Allah SWT dengan perbanyakkan zikir

- Satu pujian dan penghargaan kepada Ummat Islam di Malaysia kerana sentiasa mengingati Palestin dan mengikuti perkembangan di Gaza dan Masjidil Aqsa.

- Perjalanan/pengembaraan beliau ke seluruh dunia adalah untuk mengumpulkan derma dan diberikan kepada warga Palestin

- Beliau menceritakan kelebihan Palestin terutamanya Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara tempat-tempat Afdal dalam Islam.

- Sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran berkenaan peristiwa Isra' Mikraj:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya, pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-Isra': 1)

- Sepanjang perjalanan itu, Rasulullah SAW telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dan tanda-tanda kebesaran Allah. Salah satunya ialah Baginda Rasulullah SAW melihat seorang perempuan tua. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril AS,"Siapakah perempuan itu". Lalu Jibril menjawab,"Itulah DUNIA".

- Selepas turun dari langit dan menerima perintah solat secara lansung dari Allah, Nabi Muhammad SAW mendirikan Solat dengan dimakmumkan oleh para nabi dan rasul yang lain.

- Inilah tanda kemuliaan Palestin, menjadi tempat pertama Nabi Muhammad SAW solat selepas menerima perintah kewajiban solat.

- Masjidil Aqsa juga menjadi kiblat pertama ummat Islam. Selama 17 bulan ummat Islam bersembahyang dengan berkiblatkan Masjidil Aqsa.

- Beliau menceritakan tentang hadis berkenaan kelebihan 3 masjid:

"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ke tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Makkah, Masjidil Rasul (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin" (Hadis Al-Bukhari)

- Beliau menegaskan,Masjidil Aqsa dalam ancaman. Dan menegaskan, "Adakah Ummat Islam hanya perlu berdiam diri dalam isu ini?"

- Di Palestin, terdapat satu kumpulan yang mempertahankan Masjidil Aqsa. HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah).
- HAMAS, satu kumpulan yang kecil, yang dianggotai oleh anak-anak Palestin, yang berpegang dan yakin dengan janji Allah:

قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar"

- Menurutnya lagi, Israil mahu menghapuskan HAMAS. Namun usaha mereka gagal kerana HAMAS begitu dekat dengan Allah.

- Mereka (HAMAS) hanya bergantung sepenuh kepada Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" 

- Mereka bersatu padu dan sentiasa memperkuatkan kesatuan. Sebagaimana firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai" 

- Mereka (HAMAS) beriltizam dengan perintah Allah, dan tidak tunduk dengan musuh. Mereka tetap sabar dengan ujian dan walaupun terpaksa korbankan semuanya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

- Mereka (HAMAS) diberikan pertolongan dan kemenangan oleh Allah SWT dengan sebab kesabaran dan iltizam mereka dengan Islam. Pertolongan dan kemenangan dari Allah juga hasil dari doa-doa kaum muslimin seluruh dunia.

- Menurutnya lagi, kepungan sentiasa dilakukan oleh Israil terhadap Gaza dan Masjidil Aqsa. Israel menyekat kemasukan barang-barang keperluan dan juga ubat-ubatan.

- Israil hanya membenarkan kemasukan duit dan wang agar ummat Islam palestin membeli barang daripada mereka. Namun, Ummat Islam tetap tidak membeli dari mereka.

- Mereka (HAMAS) mampu membentuk kerajaan di Gaza setelah diberikan kemenangan oleh Allah SWT dan melaksanakan semua tanggungjawab sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُور
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan" 

- HAMAS melaksanakan sistem pemerintahan menurut syariat Islam. Namun di sana, terdapat satu golongan daripada ummat Islam yang bekerjasa dengan Yahudi Israil dan menentang perjuangan HAMAS. Merekalah kumpulan FATAH, yang sentiasa mengikut telunjuk Israil dan menangkap apra pejuang Islam Palestin.

- Menurut Sheikh Mahmud lagi, apa yang menyedihkan, terdapat negara-negara Arab yang bekerjasama dengan Israil. Contohnya: Mesir. Maka HAMAS menerima tekanan dari segenap penjuru, dari Israile dan bebarapa buah negara Arab.

- Namun, mereka, HAMAS, tetap berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar.

- Sumbangan derma daripada ummat Islam seluruh dunia begitu penting. Walaupun ianya sedikit, namun penuh dengan keberkatan.

- Beberapa kisah yang membuktikan pertolongan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada para pejuang Palestin:

a) Dalam satu operasi, beberapa kereta kebal Israil telah mengepung satu perkampungan Palestin. Mereka menghalakan meriam kereta kebal ke arah rumah-rumah yang dijadikan tempat persembunyian para pejuang HAMAS. Para pejuang HAMAS tidak mampu melakukan serangan kerana tentera Israil akan nampak dengan jelas pergerakan mereka jika mereka keluar dan menyerang. Tiba-tiba, muncul satu kelompok awan gelap yang menghalang penglihatan tentera Israil. Lalu, para pejuang merangkak menghampiri kereta-kereta kebal Israil dan meletupkan kereta tersebut. ALLAHUAKBAR!

b) Dalam satu serangan tentera Israil yang lain, 3 orang pemuda HAMAS bersembunyi di dalam rumah dan menantikan kemunculan tentera Israiel untuk melakukan serangan hendap. Hari itu merupakan hari Isnin, dan mereka berpuasa pada hari tersebut. Tentera Yahudi yang berada di dalam kereta kebal menghampiri rumah tersebut, namun mereka takut untuk keluar dan membuat pemeriksaan. Lalu dihantar seekor anjing pengesan. Ketika waktu tersebut, masuklah waktu berbuka puasa. Maka 3 orang pejuang tersebut mengeluarkan beberapa biji tamar untuk berbuka. Tiba-tiba pada ketika itu, anjing yang dihantar tadi telah mengesan mereka dan betul-betul berada di hadapan mereka. Berkatalah salah seorang dari pemuda tersebut kepada anjing itu, "Kami adalah hamba Allah dan marilah berbuka puasa bersama kami". Kata lelaki itu sambil menghulurkan sebiji tamar kepada anjing itu. Lalu anjing itu berlalu dan memberikan isyarat tiada orang kepada tentera Israil dengan menggerakkan ekornya. Tentera Israil pun beredar dari tempat itu.

c) Tentera Yahudi menceritakan kepada seorang tua bahawa mereka mendapat satu tentangan daripada satu kumpulan tentera yang berpakaian serba putih. Maka berkatalah lelaki tua itu, "Itulah Malaikat yang dihantar Allah untuk membantu tentera Islam"

d) Dalam satu operasi, tentera Yahudi Israil mengepung sebuah rumah yang dihuni oleh salah seorang pemimpin HAMAS. Tiba-tiba datang seorang wanita tua, yang mana seluruh badannya dipakaiakan dengan bom-bom. Tentera Israil yang melihat perempuan itu, tidak melakukan apa-apa, sebaliknya membenarkan wanita itu memasuki kawasan kepungan itu. Lalu wanita tua itu meletupkan diri dan mati syahid (semoga Allah merahmati roh pejuang ini). Dalam letupan itu, 10 orang tentera Yahudi maut.

KESIMPULAN:

- Satu ceramah dan perkongsian yang sangat menarik dan membakar semangat
- Bahasa Arab fasohah yang digunakan begitu mudah untuk difahami
- Semoga Allahmemanjangkan umur Sheikh Mahmud dan diberikan kesihatan tubuh badan agar beliau mampu untuk terus memberikan kesedaran dan ceramah kepada ummat Islam seluruh dunia.

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR! 

Thursday, December 23, 2010

Komentar Kuliah Tafaqquh Fi Ad-deen (Sheikh Nuruddin)

Tarikh: 21/12/2010
Tempat: Masjid KIPSAS
Masa: 7.45pm - 9.45pm
Penceramah: Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tajuk: هو وهي 
Muqaddimah

- Beliau telah memberikan satu teguran kepada para hadirin yang tidak turut sama dalam berqasidah, sebaliknya hanya mendengar.

- Katanya qasidah, selawat, puji-pujian dan seumpama dengannya bukan sekadar untuk kumpulan yang menyampaikan, tetapi adalah hak setiap orang

- Kumpulan yang menyampaikan hanyalah sebagai 'kepala' yang memimpin dan mengetuai qasidah tersebut

- Beliau menegaskan, ramai anak-anak muda mampu menghafal lirik-lirik lagu dan nyanyian dan mampu untuk menyanyi bersama para penyanyi di konsert-konsert dan sebagainya, namun mengapa tidak dengan qasidah-qasidah, selawat-selawat dan seumpama dengannya. Ini yang lebih penting untuk diingat dan diucapkan.

Pengisisan Kuliah

- Tajuknya: HUWA (ganti diri bagi 'dia' lelaki) dan HIYA (ganti diri bagi 'dia' perempuan)

- Asasnya semua manusia adalah HUWA dan HIYA

- HUWA dan HIYA menunjukkan satu persamaan level manusia dengan menafikan pangkat, gelaran, jawatan, kedudukan dan yang seumpama dengannya

- Samaada anda ini doktor, atau guru, atau perdana menteri, atau pengarah syarikat, atau dato, atau tan sri, atau sesiapa sahaja, asasnya jika lelaki, anda hanyalah HUWA dan jika perempuan, anda hanyalah HIYA.

- Dan inilah asas yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW ketika memperkenalkan Islam kepada masyarakat Jahiliyyah Makkah. Kesamarataan antara manusia.

- Hasil dari konsep kesamarataan inilah, Islam mampu mendidik ummatnya untuk mempunyai ukhwah Islam yang baik, tali persaudaraan yang utuh, saling hormat-menghormati dan sebagainya.

- Benar sekali kata-kata sheikh, inilah hakikat Islam. Adil dan saksama. Tidak membezakan antara manusia. Lihat sahajalah dalam ibadah, tidak dinilaikan sedikit pun pangkat, kedudukan, gelaran dan seumpamanya.

- Ambil sahaja contoh solat, semua makmum yang datang dari pelbagai kedudukan dan lapisan masyarakat mampu untuk mengikut seorang imam. Lebih dari itu, dengan pergerakan yang sama, bacaan yang sama dan dalam saf-saf yang tersusun rapi, tanpa mengambilkira sebarang kedudukan, jawatan dan seumpamanya, dan merekah hanyalah HUWA dan HIYA, mereka menunjukkan perpaduan dalam ibadah kepada Allah.

- Tanggungjawab HUWA dan HIYA adalah sebagai khalifah di muka bumi Allah

- Segala ciptaan Allah yang lain adalah untuk berkhidmat kepada manusia dan membantu manusia dalam menunaikan amanah sebagai seorang Khalifah Allah.

- Manusia adalah sebaik-baik ciptaan, sebab itulah mereka selayakknya menjadi khalifah Allah. Namun amanah khalifah bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditunaikan, ianya juga bukanlah sesuatu yang susah untuk dilaksanakan.

- Ianya menjadi mudah bilamana Khalifah itu mengikut segala arahan Allah SWT dan juga sunnah rasulullah SAW, maka ia akan menjadi sukar jika sebaliknya.

- HUWA dan HIYA tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di sana wujud hubungan secara intra dan inter antara kedua-duanya.

- HUWA memerlukan HUWA yang lain, begitulah juga HIYA. Malah HUWA juga memerlukan HIYA, dan begitulah sebaliknya. Perhubungan ini perlulah dibina berlandaskan syariat Islam.

Sampingan

- Sheikh menegur mereka yang gagal untuk menjaga adab di dalam masjid dan juga ketika dalam kuliah.

- Kalau di tempat-tempat lain (contohnya istana) kita mampu menjaga adab dan tatasusila di hadapan seorang raja, kenapa kita tidak mampu menjaga adab di rumah Raja segala raja.

- Kalau di rumah Allah kita tidak mampu menjaga adab, bagaimana pula di luar.