Tarikh: 2 Mac 2011
Masa: 6.30am
Buku: Keanehan Orang Warak
Tajuk: Mengembalikan hadiah selepas meninggal dunia
Sesetengah orang soleh tidak mahu menerima hadiah daripada penguasa kerana warak. Aada juga dikalangan mereka yang terpaksa menerima hadiah daripada penguasa kerana dipaksa dan dimarah oleh para penguasa. Tetapi mereka mengagih-agihkan kepada orang lain selepas menerimanya.
Imam Abu hanifah adalah termasuk daripada orang soleh yang tidak mahu menerima hadiah daripada penguasa sekalipun dipujuk, dipaksa dan dipukul. Diceritakan bahawa Khalifah Abu Ja'afar pernah menghantar wang sebanyak 10000 dirham kepada Imam Abu Hanifah, namun beliau menolaknya dengan baik. Sudah tentu Khaliifah Abu Ja'afar marah apabila ada orang menolak hadiah daripada baginda. Khalifah berikrar akan menghantar lagi hadiah dan Imam Abu Hanifah mesti menerimnya. Janjii Khalifah disampaikan orang kepada Imam Abu Hanifah dan diterangkan juga waktu utusan itu akan datang.
Imam Abu Hanifah bersikap tenang sahaja menerima berita itu dan beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Semasa utusan Khalifah datang membawa hadiah, Imam Abu Hanifah sudah bersedia sebelum subuh lagi pada hari itu kerana percaya utusan Khalifah akan datang. Sebaik sahaja selesai solat subuh Imam Abu Hanifah telah bersedia. Beliau berbaring lalu melingkupkan badannya dengan selimut.
Tidak lama kemudian utusan Khalifah datang. Utusan itu bernama Hasan bin Hudhaibah. Beliau mengetuk pintu sambil mengucap salam dan dijawab oleh Imam Abu Hanifah. Lalu bertanya Imam Abu Hanifah, "Siapakah kamu?" Lalu menjawab Hasan, "Saya utusan Khalifah". Lalu dijelaskan maksud kedatangannya untuk menyampaikan hadiah daripada Khalifah kepada Imam Abu Hanifah. Dengan tidak banyak bercakap, Imam Abu Hanifah mengarahkan uncang-uncang emas itu dimasukkan ke dalam bekas yang baik.
Lalu Imam Abu Hanifah berkata, "Sila letakkan benda itu disebelah sana iaitu di satu sudut di dalam rumah ini". Wang itu diletakkan oleh Hasan sebagaimana yang diarahkan oleh Imam Abu Hanifah. Sedikit pun beliau tidak menyentuhnya apalagi membukanya samaada ketika utusan masih ada atau selepas utusan balik.
Selepas berbulan-bulan wang itu masih berada di dalam belas itu di satu sudut rumah beliau tanpa diusik dan disentuh sedikit pun. Hasan berasa bangga kerana berjaya memujuk seorang imam yang terkenal warak untuk menerima wang daripada Khalifah. Suatu hari Imam Abu Hanifah berpesan kepada anaknya, "Apabila aku telah meninggal dunia dan kau telah menguburkan jenazahku, maka keluarkan uncang-uncang itu dan pulangkan semula kepada utusan Khalifah yang bernama Hasan bin Hudhaibah". Katakan kepadanya, "Inilah barangmu yang telah engkau tinggalkan kepada Imam Abu Hanifah dahulu". Lalu anaknya berjanji, "Baiklah ayah".
Selepas Imam Abu Hanifah meninggal dunia, anaknya segera membawa uncang-uncang itu ke rumah Hasan, lalu menyatakan kepada Hasan: "Wahai Hasan, ayah saya Imam Abu Hanifah telah meninggal dunia dan telah diwasiatkan kepadaku untuk memulangkan benda ini kepada saudara". Lalu ditanya oleh Hasan: "Apa ini". Jawab anak Imam Abu Hanifah," Uncang-uncang ini ditinggalkan kepada Imam Abu Hanifah beberapa masa dahulu".
Lalu Hasan mengambil uncang-uncang itu. Hasan terperanjat besar apabila mendapati uncang-uncang itu adalah uncang-uncang berisi wang daripada Khalifah yang dhadiahkan kepada Imam Abu Hanifah. Lalu diperhatikan bahawa wang itu tidak sediktpun diusik malah jumlahnya tidak berubah sedikit pun.
Perasaan Hasan ketika itu bercampur antara malu dan terharu kerana dulu dia telah mengaggap dirinya telah berjaya memujuk seorang yang warak untuk menerima wang dariapda Khalifah. Tetapi kini semuanya melesat kerana ulama' besar itu tidak tertarik sedikit pun kepada wang itu. Lalu Hasan berkata, "Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada ayahmu. Demi Allah sesungguhnya ayahmu itu seorang yang berpegang teguh kepada agama".
No comments:
Post a Comment