Detik Waktu

Tuesday, January 11, 2011

Intipati Kuliah Sheikh Mahmud Siyam

Program: Kuliah Maghrib Khas
Penceramah: Sheikh Dr Muhammad Mahmud Siyam
Penterjemah: Ust Mohd Khalil bin TG Haji Abdul Hadi
Tarikh: 10 Januari 2011
Tempat: Masjid Qaryah Balok 

- Sempena tahun baru, ummat Islam digalakkan dan dianjurkan untuk memperbanyakkan ISTIGHFAR kepada Allah SWT atas kesalahan-kesalahan lalu
- Ummat Islam juga dianjurkan untuk sentiasa mengingati Allah SWT dengan perbanyakkan zikir

- Satu pujian dan penghargaan kepada Ummat Islam di Malaysia kerana sentiasa mengingati Palestin dan mengikuti perkembangan di Gaza dan Masjidil Aqsa.

- Perjalanan/pengembaraan beliau ke seluruh dunia adalah untuk mengumpulkan derma dan diberikan kepada warga Palestin

- Beliau menceritakan kelebihan Palestin terutamanya Masjid Al-Aqsa yang merupakan antara tempat-tempat Afdal dalam Islam.

- Sebagaimana diceritakan di dalam Al-Quran berkenaan peristiwa Isra' Mikraj:

سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَى بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَا ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya, pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang telah Kami berkati sekelilingnya, agar Kami perlihatkan sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui" (Al-Isra': 1)

- Sepanjang perjalanan itu, Rasulullah SAW telah diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa dan tanda-tanda kebesaran Allah. Salah satunya ialah Baginda Rasulullah SAW melihat seorang perempuan tua. Lalu Baginda bertanya kepada Jibril AS,"Siapakah perempuan itu". Lalu Jibril menjawab,"Itulah DUNIA".

- Selepas turun dari langit dan menerima perintah solat secara lansung dari Allah, Nabi Muhammad SAW mendirikan Solat dengan dimakmumkan oleh para nabi dan rasul yang lain.

- Inilah tanda kemuliaan Palestin, menjadi tempat pertama Nabi Muhammad SAW solat selepas menerima perintah kewajiban solat.

- Masjidil Aqsa juga menjadi kiblat pertama ummat Islam. Selama 17 bulan ummat Islam bersembahyang dengan berkiblatkan Masjidil Aqsa.

- Beliau menceritakan tentang hadis berkenaan kelebihan 3 masjid:

"Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ke tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Makkah, Masjidil Rasul (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin" (Hadis Al-Bukhari)

- Beliau menegaskan,Masjidil Aqsa dalam ancaman. Dan menegaskan, "Adakah Ummat Islam hanya perlu berdiam diri dalam isu ini?"

- Di Palestin, terdapat satu kumpulan yang mempertahankan Masjidil Aqsa. HAMAS (Harakatul Muqawamatul Islamiyah).
- HAMAS, satu kumpulan yang kecil, yang dianggotai oleh anak-anak Palestin, yang berpegang dan yakin dengan janji Allah:

قَالَ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو اللَّهِ كَم مِّن فِئَةٍ قَلِيلَةٍ غَلَبَتْ فِئَةً كَثِيرَةً بِإِذْنِ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ مَعَ الصَّابِرِينَ
"Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar"

- Menurutnya lagi, Israil mahu menghapuskan HAMAS. Namun usaha mereka gagal kerana HAMAS begitu dekat dengan Allah.

- Mereka (HAMAS) hanya bergantung sepenuh kepada Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam" 

- Mereka bersatu padu dan sentiasa memperkuatkan kesatuan. Sebagaimana firman Allah SWT:

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا
"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai" 

- Mereka (HAMAS) beriltizam dengan perintah Allah, dan tidak tunduk dengan musuh. Mereka tetap sabar dengan ujian dan walaupun terpaksa korbankan semuanya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)"

- Mereka (HAMAS) diberikan pertolongan dan kemenangan oleh Allah SWT dengan sebab kesabaran dan iltizam mereka dengan Islam. Pertolongan dan kemenangan dari Allah juga hasil dari doa-doa kaum muslimin seluruh dunia.

- Menurutnya lagi, kepungan sentiasa dilakukan oleh Israil terhadap Gaza dan Masjidil Aqsa. Israel menyekat kemasukan barang-barang keperluan dan juga ubat-ubatan.

- Israil hanya membenarkan kemasukan duit dan wang agar ummat Islam palestin membeli barang daripada mereka. Namun, Ummat Islam tetap tidak membeli dari mereka.

- Mereka (HAMAS) mampu membentuk kerajaan di Gaza setelah diberikan kemenangan oleh Allah SWT dan melaksanakan semua tanggungjawab sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran:

الَّذِينَ إِن مَّكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُور
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan" 

- HAMAS melaksanakan sistem pemerintahan menurut syariat Islam. Namun di sana, terdapat satu golongan daripada ummat Islam yang bekerjasa dengan Yahudi Israil dan menentang perjuangan HAMAS. Merekalah kumpulan FATAH, yang sentiasa mengikut telunjuk Israil dan menangkap apra pejuang Islam Palestin.

- Menurut Sheikh Mahmud lagi, apa yang menyedihkan, terdapat negara-negara Arab yang bekerjasama dengan Israil. Contohnya: Mesir. Maka HAMAS menerima tekanan dari segenap penjuru, dari Israile dan bebarapa buah negara Arab.

- Namun, mereka, HAMAS, tetap berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar.

- Sumbangan derma daripada ummat Islam seluruh dunia begitu penting. Walaupun ianya sedikit, namun penuh dengan keberkatan.

- Beberapa kisah yang membuktikan pertolongan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada para pejuang Palestin:

a) Dalam satu operasi, beberapa kereta kebal Israil telah mengepung satu perkampungan Palestin. Mereka menghalakan meriam kereta kebal ke arah rumah-rumah yang dijadikan tempat persembunyian para pejuang HAMAS. Para pejuang HAMAS tidak mampu melakukan serangan kerana tentera Israil akan nampak dengan jelas pergerakan mereka jika mereka keluar dan menyerang. Tiba-tiba, muncul satu kelompok awan gelap yang menghalang penglihatan tentera Israil. Lalu, para pejuang merangkak menghampiri kereta-kereta kebal Israil dan meletupkan kereta tersebut. ALLAHUAKBAR!

b) Dalam satu serangan tentera Israil yang lain, 3 orang pemuda HAMAS bersembunyi di dalam rumah dan menantikan kemunculan tentera Israiel untuk melakukan serangan hendap. Hari itu merupakan hari Isnin, dan mereka berpuasa pada hari tersebut. Tentera Yahudi yang berada di dalam kereta kebal menghampiri rumah tersebut, namun mereka takut untuk keluar dan membuat pemeriksaan. Lalu dihantar seekor anjing pengesan. Ketika waktu tersebut, masuklah waktu berbuka puasa. Maka 3 orang pejuang tersebut mengeluarkan beberapa biji tamar untuk berbuka. Tiba-tiba pada ketika itu, anjing yang dihantar tadi telah mengesan mereka dan betul-betul berada di hadapan mereka. Berkatalah salah seorang dari pemuda tersebut kepada anjing itu, "Kami adalah hamba Allah dan marilah berbuka puasa bersama kami". Kata lelaki itu sambil menghulurkan sebiji tamar kepada anjing itu. Lalu anjing itu berlalu dan memberikan isyarat tiada orang kepada tentera Israil dengan menggerakkan ekornya. Tentera Israil pun beredar dari tempat itu.

c) Tentera Yahudi menceritakan kepada seorang tua bahawa mereka mendapat satu tentangan daripada satu kumpulan tentera yang berpakaian serba putih. Maka berkatalah lelaki tua itu, "Itulah Malaikat yang dihantar Allah untuk membantu tentera Islam"

d) Dalam satu operasi, tentera Yahudi Israil mengepung sebuah rumah yang dihuni oleh salah seorang pemimpin HAMAS. Tiba-tiba datang seorang wanita tua, yang mana seluruh badannya dipakaiakan dengan bom-bom. Tentera Israil yang melihat perempuan itu, tidak melakukan apa-apa, sebaliknya membenarkan wanita itu memasuki kawasan kepungan itu. Lalu wanita tua itu meletupkan diri dan mati syahid (semoga Allah merahmati roh pejuang ini). Dalam letupan itu, 10 orang tentera Yahudi maut.

KESIMPULAN:

- Satu ceramah dan perkongsian yang sangat menarik dan membakar semangat
- Bahasa Arab fasohah yang digunakan begitu mudah untuk difahami
- Semoga Allahmemanjangkan umur Sheikh Mahmud dan diberikan kesihatan tubuh badan agar beliau mampu untuk terus memberikan kesedaran dan ceramah kepada ummat Islam seluruh dunia.

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR! 

1 comment:

  1. terima kasih ustaz..alhamdulillah, ana pun dapat revise balik apa yg ana dengar dan dapat tambah balik apa yg tertinggal...

    ReplyDelete