Ada satu moto Melayu yang telah diperkenalkan suatu ketika dahulu dalam menggambarkan betapa pentingnya peranan golongan pemuda dan pemudi kepada negara. Moto yang berbunyi "Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara" pernah menjadi slogan yang sering dilaung-laungkan beberapa tahun yang dahulu. Slogan atau moto ini membuktikan betapa pentingnya peranan dan tanggungjawab kedua-dua golongan ini dalam perkembangan negara.
Namun, pada hari ini, moto atau slogan ini jarang sekali kedengaran atau mungkin sudah tidak kedengaran lansung. Adakah pemuda dan pemudi hari ini sudah tidak diberikan kepercayaan oleh masyarakat untuk membangunkan negara? Ataupun pemuda pemudi hari ini tidak lagi mampu untuk berperanan sebagai harapan bangsa dan juga tiang negara? Ia satu kemungkinan yang boleh diambil kira. Lihatlah sahaja situasi hari ini, betapa golongan pemuda dan pemudi hanyut dan leka dengan segala macam masalah, maksiat dan jenayah yang dilakukan.
Dimanakah silapnya? Kenapakah golongan yang dahulunya mampu diberikan harapan oleh masyarakat dan negara, tetapi kini mereka pula dianggap sebagai 'sampah' dan 'najis' negara? Walaupun bukan semua golongan ini dianggap sedemikian, namun kerana ramainya golongan ini yang terpesong dari landasan yang sebenar, semakin sukar untuk masyarakat kembali memberikan kepercayaan dan keyakinan kepada golongan ini.
Banyak sekali faktor yang mendorong kepada berlakunya situasi ini. Namun, permasalahan pokoknya adalah disebabkan proses pembentukan pemuda pemudi yang tidak betul-betul tersusun dan selari dengan ajaran Islam. Bukan untuk mengeji atau mengutuk, tetapi hakikatnya masyarakat sekadar memberikan harapan semata-mata kepada golongan pemuda dan pemudi, tanpa menyediakan mereka dengan pendidikan dan proses pembinaan yang sewajarnya dan selari dengan tuntutan agama.
Dalam mengembalikan kegemilangan golongan pemuda dan pemudi Islam pada hari ini, penulis ingin mengajak anda semua untuk mengambil pengajaran daripada apa yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada ummat manusia melalui Al-Quran. Insya-Allah, jika kita mampu untuk menghayati dan memahami konsep-konsep yang telah diajarkan oleh Allah SWT kepada kita, kita mampu membentuk dan melahirkan golongan pemuda dan pemudi yang berwajah baru. Inilah Pemuda dan Pemudi Ibadur Rahman.
Di dalam surah Al-Furqan, ayat 63-74, Allah SWT telah menceritakan tentang ciri-ciri Ibadur Rahman yang mana telah menjadi golongan yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Ciri 1
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَامًا
(Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini)
- Mereka adalah golongan yang sopan santun
- Mereka adalah golongan yang menjaga percakapan mereka
Ciri 2
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
(Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri)
- Mereka adalah golongan yang tekun dan rajin beribadat kepada Allah
Ciri 3
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا
(Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan)
- Mereka adalah golongan yang selalu berdoa dan meminta perlindungan dari azab neraka
Ciri 4
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا
(Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu)
- Mereka adalah golongan yang pemurah dan bijak berbelanja
Ciri 5
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ يَلْقَ أَثَامًا
(Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya)
- Mereka adalah golongan yang menyembah Allah Yang Esa dan tidak menyekutukan Allah
- Mereka adalah golongan yang tidak suka membunuh
- Mereka adalah golongan yang tidak berzina
Ciri 6
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلًا صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا
(Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani)
- Mereka adalah golongan yang bertaubat di atas kesalahan mereka
- Mereka adalah golongan yang suka mengerjakan amal yang baik
Ciri 7
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا
(Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya)
- Mereka adalah golongan yang tidak menghadiri tempat maksiat
- Mereka adalah golongan yang tidak melakukan perkara yang sia-sia
Ciri 8
وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمًّا وَعُمْيَانًا
(Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta)
- Mereka adalah golongan yang mengambil pengajaran dan beramal dengan Al-Quran
Ciri 9
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
(Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa)
- Mereka adalah golongan yang berdoa untuk mendapat isteri yang solehah dan anak-anak yang soleh serta berharap agar mereka menjadi pimpinan masyarakat
Kesimpulan
Hakikatnya, inilah ciri-ciri Ibadur Rahman yang telah diperjelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Furqan. Dan jika diperhatikan secara mendalam dan terperinci, golongan pemuda dan pemudi Islam pada hari ini begitu jauh dari ciri-ciri yang disebutkan di atas. Malah tidak salah untuk menyatakan bahawa ramai golongan pemuda dan pemudi yang bersifat dengan ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri Ibadur Rahman. Maknanya majoriti pemuda dan pemudi hari ini bercirikan Ibadus Syaitan, iaitu hamba kepada syaitan.
Jika pemuda dan pemudi hari ini mampu bersifat dengan ciri-ciri Ibadur Rahman, InsyaAllah, mereka akan kembali mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada masyarakat. Mereka juga akan mendapat balasan syurga daripada Allah jika mereka mampu beramal dengan sifat-sifat tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat ke-75 dan 76 Surah Al-Furqan:
(Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal)
Kesimpulan
Hakikatnya, inilah ciri-ciri Ibadur Rahman yang telah diperjelaskan oleh Allah SWT di dalam surah Al-Furqan. Dan jika diperhatikan secara mendalam dan terperinci, golongan pemuda dan pemudi Islam pada hari ini begitu jauh dari ciri-ciri yang disebutkan di atas. Malah tidak salah untuk menyatakan bahawa ramai golongan pemuda dan pemudi yang bersifat dengan ciri-ciri yang berlawanan dengan ciri-ciri Ibadur Rahman. Maknanya majoriti pemuda dan pemudi hari ini bercirikan Ibadus Syaitan, iaitu hamba kepada syaitan.
Jika pemuda dan pemudi hari ini mampu bersifat dengan ciri-ciri Ibadur Rahman, InsyaAllah, mereka akan kembali mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada masyarakat. Mereka juga akan mendapat balasan syurga daripada Allah jika mereka mampu beramal dengan sifat-sifat tersebut. Sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah SWT di dalam ayat ke-75 dan 76 Surah Al-Furqan:
أُولَٰئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَامًا خَالِدِينَ فِيهَا ۚ حَسُنَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا
(Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya, Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal)
No comments:
Post a Comment