Sudah menjadi lumrah bagi seorang Muslim lagi Mukmin, antara keinginan dan matlamat yang hendak dicapai ialah mendapatkan Syurga Allah SWT sebagai tempat kehidupan yang abadi. Siapa yang tidak inginkan ganjaran Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan bahkan dipenuhi dengan pelbagai nikmat dan kesenangan yang tidak terdapat di dunia ini. Setiap individu Muslim sudah semestinya mengimpikan dan mendambakan sebuah Syurga sebagai sebaik-baik tempat kembali.
Syurga Allah SWT adalah satu tempat yang tidak dapat digambarkan dengan fikiran mahupun oleh aqal seorang manusia. Tiada satupun tempat di dunia ini yang menyerupai sedikitpun hakikat gambaran sebuah Syurga. Namun di sana, Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW telah menjelaskan dan menceritakan kepada seluruh ummat manusia akan hakikat sebuah Syurga. Al-Quran juga banyak menjelaskan tentang nikmat dan kesenangan yang terdapat di dalam Syurga. Begitu juga dengan hadis-hadis dari Rasulullah SAW yang menceritakan tentang gambaran sebuah Syurga. Walaupun manusia dapat membayangkan serba sedikit akan kebenaran sebuah Syurga melalui dalil-dalil ini, namun pada hakikatnya Syurga itu adalah terlebih baik dan elok daripada apa yang digambarkan oleh manusia.
Persoalannya, layakkah diri kita ini untuk mendapat Syurga Allah SWT? Sedangkan Syurga itu adalah sebaik-baik tempat kembali untuk hamba Allah SWT yang melaksanakan apa sahaja yang telah diperintahkan untuk mereka lakukan dan meninggalkan apa sahaja yang ditegah. Syurga itu adalah satu tempat yang sangat bernilai lagi suci. Maka, nilai sebuah Syurga itu bukanlah murah. Ia membutuhkan satu persediaan dan bayaran yang mahal untuk seseorang itu mendapatkan Syurga Allah SWT. Sesuai dengan nilaian sebuah Syurga yang dipenuhi dan dilimpahi dengan pelbagai nikmat dan ganjaran, maka ia bukanlah satu tempat yang dapat dimiliki tanpa bayaran yang sewajarnya. Banyak persediaan yang perlu dilakukan oelh seorang hamba Allah dalam usaha untuk menggapai Syurga Allah SWT kelak.
Banyak sekali ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW yang menjelaskan tentang amalan-amalan yang dapat menjamin seseorang itu untuk mendapat Syurga Allah SWT. Pada asasnya, setiap Muslim itu pasti akan merasai akan nikmat Syurga Allah SWT. Hanya, amalan mereka yang menentukan samaada mereka terus dimasukkan ke Syurga Allah SWT atau terlebih dahulu dibersihkan di neraka Allah SWT sebelum dimasukkan ke dalam Syurga. Sudah semestinya, setiap daripada kita mahu dimasukkan terus ke dalam Syurga tanpa perlu melalui proses pembersihan dan penyucian di neraka Allah SWT. Sedangkan azab di dalam neraka itu tidak terperi sakitnya.
Sekali lagi, marilah sama-sama kita bertanya kepad diri kita, layakkah aku ini untuk syurga Allah SWT? Muhasabahlah diri kita. Lihatlkah kembali akan amalan-amalan dan ibadat yang kita lakukan. Adakah ia benar-benar telah menepati akan Syariat Allah SWT? Hisablah diri kita. Adakah kita ini telah benar-benar melaksanakan Islam secara keseluruhan di dalam kehidupan kita, ataupun hanya mengambil sebahagian yang dirasakan terbaik untuk diri kita sahaja? Renunglah kembali, adakah seharian hidup kita ini dipenuhi dengan ibadat kepada Allah SWT, atau hanya diselebungi oleh dosa-dosa yang sengaja kita lakukan?
Ingatlah wahai teman, wahai pendamba Syurga Allah SWT, nilaian sebuah Syurga itu mahal harganya. Namun di sana Allah SWT yang Maha Adil lagi Maha Saksama telah meyediakan kepada kita jual beli yang mampu kita lakukan dan laksanakan dalam mendapat Syurga Allah SWT. Jika kita berusaha bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan membalasnya dengan sebuah Syurga yang kita sendiri tidak dapat membayangkan dengan akal fikiran kita, namun kita mampu yakini dengan iman kita. Semoga kalian semua, menjadi tetamu dan penduduk Syurga Allah SWT kelak, InsyaAllah.
DEMI KEBENARAN ALLAH YANG SEBENAR-BENARNYA,daku memohon keizinan dariMU yaALLAH untuk melayari ' wafatabadi.blogspot.com 'daku pohon dengan sebenar-benar permohonan agar daku dapat berfikir dengan fikiranMU,bersamaMU..Syukur MAHA Terimakasih yaALLAH..saudara2 yg dkasihi,seandainy anda seorg insan yg mcari KEBENARAN YANG SEBENAR-BENARNYA,luangkanlah masa anda utk mlayari blog ini krn ssunguhny kita smua sudah ksuntukan masa,PCYALA!!!hany utk para pcari KEBENARAN sahaja!!!Salam kasihsayang..adam7
ReplyDelete