Detik Waktu

Sunday, March 13, 2011

PESANAN BUAT RIJALUD DAKWAH

Dakwah adalah Sunnah,
Dakwah juga adalah Amanah.

Dakwah adalah Jihad,
Dakwah juga adalah Tadhiyyah.

Dakwah bekalannya Iman,
Dakwah juga bekalannya Amal.

Dakwah bekalannya Mahabbah,
Dakwah juga bekalannya Ukhuwwah.

Dakwah perlunya Penggerak,
Dakwah juga perlunya Pemasak.

Dakwah perlunya Penyeru,
Dakwah juga perlunya Pemandu.

Dakwah hiasannya dugaan,
Dakwah juga hiasannya cacian.

Dakwah hiasannya mehnah,
Dakwah juga hiasannya fitnah.

Dakwah jalannya berliku,
Dakwah juga jalannya berpaku.

Dakwah jalannya berduri,
Dakwah juga jalannya bergari.

Dakwah matlamatnya Allah,
Dakwah juga matlamatnya Rasulullah.

Dakwah matlamatnya Jamaah,
Dakwah juga matlamatnya Daulah.

Dakwah itu tiada hujungnya,
Dakwah itu juga tiada hayatnya.

Dakwah itu tiada surutnya,
Dakwah itu juga tiada ajalnya.

Dakwah itu untuk aku,
Dakwah itu juga untuk kamu.

Dakwah itu memerlukan aku,
Dakwah itu juga memerlukan kamu.

Kerana aku dan kamu adalah RIJALUD DAKWAH.


Oleh:

Insan Rabbani,
13 Mac 2011,
10.40 malam,
Riadus Solihin.

1 comment:

  1. Mabruk! 'Pantun 2 kerat' dakwah yang mengesan di jiwa. Doakan kita semua terus thabat dan tidak lelah atas jalan dakwah yg panjang ini.

    ReplyDelete