Aku seorang anak muda. Anak muda yang beragama Islam, berbangsa Melayu dan merupakan warganegara Malaysia. Sehingga saat ini, aku telah hidup selama 26 tahun 1 bulan di dunia yang fana ini. Alhamdulillah. Banyak yang telah aku lihat, alami, belajar dan aku mengerti. Yang pasti, banyak lagi yang akan aku lihat dan belajar, jika umurku dipanjangkan.
Dengan umurku sudah mencapai 26 tahun, aku sudah layak untuk membuat pilihan sendiri. Pada PRU yang lepas aku telah menunaikan amanahku sebagai seorang Muslim dan juga sebagai seorang warga Malaysia. Aku telah membuang undi. Aku telah memilih individu dan parti yang aku sokong. Aku mengundi kerana ia adalah kewajipan bagiku untuk memilih pemimpin yang terbaik pada pandangan Agama. Aku pilih kerana aku yakin dan percaya.
Ya, sebagai seorang warga Malaysia, aku dijamin dengan hak untuk memilih dan mengundi. Justeru, aku menggunakan hak itu. Dan aku percaya, Islam pun menjamin hak untuk aku membuat pilihan. Sebab itulah Allah kurniakan aku dan anda semua dengan akal. Kenapa? Hanya satu, untuk kita berfikir. Berfikir dalam membuat pilihan, berfikir dalam segala tindakan. Akal juga untuk aku menilai mana yang baik, dan mana yang buruk. Terima kasih Allah untuk akal yang hebat ini.
Aku memilih dengan menilai. Aku menilai segala-galanya. Aku cuba untuk berlaku adil. Aku tahu, aku perlu adil dalam membuat penilaian. Aku perlu membebaskan diri aku dari segala macam sentimen, ideologi, pandangan dan sebagainya dalam membuat menilai. Namun, sebagai seorang Muslim, dalam membuat penilaian, aku tidak dapat lari dari ikatan agama. Aku tidak boleh membebaskan diri aku dari pandangan Agama. Ya, penilaian aku perlulah berpandukan kepada ajaran Agama dan panduan itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah.
Tadi aku menyatakan dalam membuat penilaian, aku perlu berlaku adil. Adil yang aku maksudkan di sini bukanlah sekadar melihat kepada kebaikan dan keburukan pilihan yang aku ada. Adil di sini, bukanlah juga sekadar membuat penilaian berdasarkan kapasiti maklumat, ilmu dan informasi yang aku ada semata-mata. Namun, ADIL yang lebih aku maksudkan di sini ialah tidak mengabaikan dan mengenepikan pandangan dan panduan Agama dalam membuat pilihan. ADIL yang aku maksudkan di sini adalah ADIL dengan ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW.
Kenapa aku perlu bersikap demikian? Kenapa dalam membuat pilihan, aku perlu dan wajib berlaku ADIL kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW? Mari aku ceritakan kepada kamu akan semua ini.
Semuanya adalah kerana aku seorang MUSLIM dan MUKMIN. Sebagai seorang Muslim, aku mengimani bahawa tubuh badanku ini adalah milik Allah semata-mata, bukan milik sesiapa yang lain. Aku juga mengimani bahawa, Allah SWT telah menjadikan bagiku dan bagi anda semua, pendamping yang sentiasa bersama walau dimana sahaja aku berada untuk mencatat segala perbuatanku. Itulah Malaikat Raqib dan Atid. Aku juga mengimani bahawa diutuskan Rasulullah sebagai rasul akhir zaman dan pemimpin sekalian alam adalah untuk dijadikan ikutan dan panduan untuk aku dan anda semua. Aku juga mengimani bahawa Al-Quran yang diturunkan oleh Allah SWT bukanlah sekadar untuk dibaca, tetapi apa yang lebih penting untuk diamalkan dan dijadikan perlembagaan hidupku. Aku juga mengimani akan Qada' dan Qadar adalah suatu ketetapan daripada Allah. Dan akhir sekali, aku beriman bahawa di sana nanti akan ada Hari Akhirat, iaitu Hari Pembalasan bagi segala amal perbuatan aku dan anda semua.
Justeru, atas dasar keimananku inilah aku perlu bersikap ADIL kepada Allah dan Rasulullah dalam membuat penilaian dan pemilihan. Bagaimana mungkin aku tidak berlaku ADIL kepada Allah sedangkan tubuh badanku ini adalah milik mutlakNya, akalku ini adalah anugerah daripadaNya, malaikat di kanan kiriku ini sentiasa melaporkan untukNya dan segala amal perbuatanku akan dihitung di akhirat nanti oleh Allah Yang Berkuasa. Juga, bagaimana mungkin aku tidak berlaku ADIL kepada Rasulullah SAW dalam membuat penilaian dan pemilihan, sedangkan aku mengakui bagindalah idolaku, ikutanku dan pemimpinku. Baginda jugalah yang telah menunjukkan Sunnah yang baik dalam membuat penilaian dan pemilihan.
Asasnya, dalam membuat penilaian dan pemilihan, sekali lagi aku tegaskan aku tidak boleh untuk mengenepikan ketetapan dan pandangan Allah, juga aku tidak boleh untuk menidakkan panduan dan tauladan daripada Rasulullah. Dan semua ini hanyalah kerana aku seorang Muslim yang Mukmin. Inilah KEADILAN dan KETELUSAN yang sebenarnya dalam membuat penilaian dan pemilihan.
Sedarlah, walaupun kita dikurniakan akal untuk menilai dan membuat pilihan, kadang-kadang akal kita tidak mampu untuk membuat pilihan yang tepat. Kenapa? Kerana kita meletakkan nafsu dihadapan kita. Kita membiarkan nafsu yang memandu akal kita. Sebab itulah akal kita ini lemah sebenarnya. Dan sebab itulah Allah kurniakan kepada kita Al-Quran dan As-Sunnah pemandu yang sewajarnya untuk akal kita. InsyaAllah, jika kita pandu akal kita dengan 'minyak' dan 'tenaga' daripada Al-Quran dan As-Sunnah, kita sesungguhnya akan membuat satu penilaian yang adil dan satu pilihan yang tepat. InsyaAllah.
Kesimpulannya, bagi aku, dalam membuat pilihan, kita perlu menilai. Dalam menilai, keadilan untuk Agama hendaklah ditegakkan. Walaupun manusia menganggap kita tidak berlaku adil dalam membuat penilaian dan pemilihan, percayalah semua itu tidak penting jika keadilan kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW mampu kita tegakkan. Semuanya hanyalah untuk Keredhaan Allah dan Rasulullah, bukan untuk keredhaan manusia. Undiku hanyalah untuk Allah SWT, undiku hanyalah untuk Rasulullah SAW dan undiku hanyalah untuk ISLAM.

No comments:
Post a Comment