Rahmat Allah SWT yang diberikan kepada manusia begitu banyak sekali. Bukan sekadar di dunia ini, malah di akhirat, Allah SWT tetap menunjukkan sifat Maha Penyayang dan Maha Pemurahnya Dia kepada manusia. Antaranya ialah memberikan naungan kepada beberapa golongan manusia di padang mahsyar nanti dari kepanasan matahari yang sangat melampau, yang hanya sejengkal sahaja dari kepala manusia. Begitulah Maha Kuasanya dan Maha Pengasihnya Allah SWT kepada kita semua. Cuma, ia bergantung kepada kita samaada mahu merebut peluang ini ataupun melepaskannya begitu sahaja.
Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :
1) Imam (kepala atau pemimpin) yang adil.
2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah.
3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid.
4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula.
5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas)
6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya.
7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
TIDAKKAH KITA MAHU MENJADI SALAH SEORANG DARI GOLONGAN TERSEBUT?
No comments:
Post a Comment