Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, aku baru sahaja selesai menduduki peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Prinsip Asas Kultur Tisu dan Sel atau dalam bahasa Inggerisnya Principle of Cell and Tissue Culture. Subjek yang aku ambil untuk kali keduanya selepas gagal dalam cubaan pertama ketika berada di tahun dua dulu.
Soalan pada kali ini aku rasa macam senang sikit berbanding yang sebelum ini. Justeru, aku dapat menjawab semua soalan dalam waktu yang diberikan, Alhamdulillah. Berbeza keadaannya ketika aku mengambilnya buat kali pertama dulu. Bukan setakat tidak cukup masa untuk jawab, tetapi aku rasa kalau diberikan 10 jam lagi untuk jawab, aku mungkin tak mampu untuk menjawab semuanya. Ini mungkin kerana persiapan yang lebih baik dan keadaan yang lebih bersedia untuk kali ini.
Selesai saja menjawab dan membuat semakan untuk jawapan yang telah aku tulis, dan yakin dengan jawapan aku, aku terus hantar kepada pensyarah yang menunggu di belakang dewan. Hari ini dua perasaan yang aku rasa sepanjang dan selepas peperiksaan berlansung. Gembira (senang hati + syukur + puas) dan Kecewa (geram + marah + sakit hati).
Kenapa Gembira?
Gembira kerana aku dapat menjawab dengan baik semua soalan, walaupun ada yang aku tidak pasti tepat atau tidak jawapan aku. Gembira kerana aku mampu untuk berasa puas dan senang hati selepas selesai peperikasaan. Gembira kerana bersyukur dengan ketenangan dan bantuan yang diberikan Allah SWT kepada aku sepanjang peperiksaan berlansung.
Dengan segala persediaan yang ala kadar, walaupun lebih baik dari sebelum ini, aku merasakan itulah yang terbaik mampu aku lakukan. Berusaha untuk mendapatkan markah yang terbaik dengan melakukan sekadar yang termampu dan sekadar persediaan kita, tanpa mengambil langkah yang salah, sepatutnya sudah mampu membuatkan kita rasa gembira, walaupun rasa tidak puas hati. Tidak puas hati mungkin kerana kita tidak bersedia dengan betul-betul walaupun diberikan masa yang mencukupi.
Aku teringat peristiwa 2-3 tahun lepas. Berlaku semasa bulan Ramadhan. Pada waktu itu semua mahasiswa sibuk dengan persediaan untuk mengahadapi peperiksaan akhir semester. Termasuklah aku dan kekawan satu jurusan. Aku masih ingat bagaimana beberapa orang rakan aku sanggup meninggalkan Solat Terawih semata-mata untuk ulangkaji pelajaran, walaupun hari ujiannya bukanlah keesokan harinya. Walaupun Solat Terawih adalah sunat, tetapi ia adalah salah satu keistimewaan bulan Ramadhan yang tiada di bulan lain. Walaupun aku dan beberapa orang sahabat yang lain cuba nasihat, tetapi masih ada yang degil.
Ya, tidak dapat dinafikan, bersedia dengan baik untuk peperiksaan adalah satu sikap yang baik dan wajar dicontohi, tetapi janganlah ia mengganggu ibadat kita dan tanggungjawab kita kepada Allah. Aku masih boleh menerima mereka yang tinggalkan ibadat sunat yang dituntut sepert solat terawih, tetapi aku sangat kecewa dengan sikap kekawan yang terlepas ibadah wajib dek kerana persediaan untuk exam. Ulangkaji sehingga larut malam sehingga terlepas solat subuh sebab lambat tidur. Justeru, jika beginilah halnya, bagaimana ilmu yang kita miliki akan memberi keberkatan kepada kita? Bagaimana Allah hendak membantu kita walaupun sepanjang fatrah peperiksaan kita banyak bersolat hajat dan berdoa?
Dunia vs Akhirat!
Dunia vs Akhirat!
Wahai sahabat-sahabat, janganlah kerana nikmat, kebahagiaan, kepuasan dan keseronokan duniawi membuatkan kita meninggalkan dan tidak memandang serius dengan tanggungjawab dan amanah amal Islami yang telah diwajibkan kepada kita. Cubalah kita membahagikan masa kita dengan baik dan memenuhi tuntutan amal Islami dengan sebaik mungkin dan penuh semangat jihad disamping memenuhi tanggungjawab duniawi yang lain. Aku yakin, anda semua faham dan mampu untuk lakukan. Dan kita perlu ingat janji Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (Agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Muhammad: 7)
Amal Islami, di dalamnya juga terkandung usaha-usaha untuk menolong agama Allah. Tidakkah kita yakin bahawa Allah akan menolong kita jika kita mampu menunaikan tanggungjawab amal Islami yang diamanahkan kepada kita? Dan ingatlah juga wahai kekawan sekalian, kehidupan dunia ini hanya satu permainan dan tipu daya, sedangkan kenikmatan dan kehidupan akhirat adalah satu kegembiraan yang sebenar. Peganglah kepada peringatan Allah SWT yang bermaksud:
"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui" (Al-'Ankabut: 64)
"Kesenangan dunia ini hanya sedikit dan akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa (mendapat pahala turut berperang) dan kamu tidak akan dizalimi sedikit pun" (An-Nisa': 7)
Alhamdulillah, hari ini kau telah merasai hakikat janji Allah untuk menolong hambaNya yang menolong agamaNya. Walaupun tanpa persediaan yang rapi, aku tetap berpuas hati dengan peperiksaan yang aku hadapi hari ini. Inilah keberkatan dan hikmahnya bila aku tetap menunaikan amanah dan tanggungjawab amal Islami dalam meninggikan syariat Islam. Allah telah menolong aku dengan memberikan ketenangan dan kemudahan semasa menjawab soalan. Bukan untuk berbangga diri, sekadar menjadi satu perkongsian agar ia menjadi satu teladan dan pengajaran kepada kita semua.
Kenapa Kecewa?
Kecewa dengan sikap segelintir mahasiswa yang tidak amanah dalam menjawab soalan peperiksaan. Geram dengan mahasiswa yang sanggup mencuri-curi untuk melihat nota semasa menjawab soalan. Marah dengan mahasiswa yang tidak ikhlas dengan ilmu, tidak amanah dengan pensyarah dan berlagak macam seorang "pencuri" di dalam dewan peperiksaan. Sakit hati melihat rakan-rakan mahasiswa yang berusaha secara salah untuk mendapatkan markah yang terbaik dan yang lebih teruknya berbangga-bangga dengan markah yang dia dapat kelak.
Inilah realiti majoriti mahasiswa hari ini. Aku yakin, jika dilakukan satu kaji selidik tentang sikap mahasiswa semasa peperiksaan, peratusan mereka yang pernah meniru dalam peperiksaan walaupun sekali pasti begitu tinggi. Dan mungkin boleh dikatakan hampir semua orang pernah meniru semasa peperiksaan. Aku pun pernah terlibat dengan "gejala tidak amanah" ini awal-awal dulu. Namun semuanya berubah apabila mendapat nasihat yang begitu berguna dan menyedarkan diri dari ayah aku pada suatu hari.
Aku masih ingat lagi tentang nasihat ayah yang mengingatkan agar kami adik beradik ikhlas dalam pencarian ilmu, amanah dengan ilmu dan beramal dengan ilmu. Katanya lagi, mencari ilmu bukan untuk kesenangan dunia semata-mata, bukan untuk mudah dapat kerja, bukan mudah untuk buat duit dan sebagainya. Jika kita ikhlas mencari ilmu kerana Allah, semua itu akan datang dengan sendiri. Tapi yang penting keikhlasan, amanah dan kesungguhan dalam pencarian ilmu. Sebab itulah apabila exam, aku cuba untuk duduk di barisan hadapan, agar aku dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam gejala meniru.
Apalah gunanya kita mendapat markah yang tinggi kerana meniru, jika keberkatannya tidak ada? Samalah kita memperoleh harta kekayaan yang banyak , tetapi menggunakan jalan yang salah dan haram di sisi Islam, maka tiadalah keberkatan pada harta itu. Dan ingatlah sahabat-sahabat, adakah kita lupa bahawa di sebelah kiri dan kanan kita ada dua orang Malikat yang telah ditugaskan oleh Allah SWT untuk mencatat segala amalan kita? Adakah kita juga lupa bahawa Allah SWT itu Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa? Adakah kita lupa di sana kelak akan ada hari pembalasan, yang mana segala amalan kita akan dipertontonkan kembali dan dihisab dihadapan semua ummat manusia?
Dalam satu hadis qudsi, Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman yang disampaikan melalui pesan Jibril AS, ada 3 pesanan:
1) Hiduplah sesukamu, tetapi sedarilah pada saatnya nanti kamu akan mati;
2) Cintailah apapun yang kamu cintai, tetapi sedarlah pada saatnya nanti pasti akan berpisah;
3) Berbuatlah sesukamu, tetapi sedarilah apa yang kamu perbuat pasti mendapat perbalasan.
Firman Allah SWT di dalam Surah Az-Zalzalah, yang bermaksud:
"Maka barang siapa menegrjakan kebaikan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya" (Az-zalzalah: 7-8)
Aku pernah berbincang dengan seorang sahabat aku tentang permasalahan ini. Beberapa persoalan timbul, yang membuatkan aku tidak mampu untuk menjawab dengan tepat. Katakan, kita mendapat keputusan dan pointer yang tinggi dalam peperiksaan, namun ianya melalui jalan yang salah seperti meniru dan sebagainya. Setelah tamat belajar, hasil daripada markah yang baik, kemudian kita mendapat kerja yang baik dengan gaji yang lumayan. Persoalannya, adakah pekerjaan dan gaji yang kita peroleh itu mempunyai keberkatan? Aku tidak pasti apakah jawapan yang tepat. Perbincangan kami hanya terhenti setakat itu sahaja.
Ayuh rakan-rakan mahasiswa, ubah sikap, ubah perangai, ubah akhlak.Sama-sama kita jadi yang lebih baik. Ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu. Gunakan jalan yang betul dalam menuntut ilmu. Amanah dengan segala kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan pensyarah. Semoga apa yang aku lihat hari ini tidak menjadi satu fenomena biasa di kalangan mahasiswa.

No comments:
Post a Comment