Detik Waktu

Tuesday, October 26, 2010

Risalah Ta'alim Siri 1

RUKUN FAHAM

Imam Hasan Al-Banna berkata: "Perkara yang saya maksudkan dengan faham ialah saudara meyakini bahawa fikrah kita adalah Islam yang tulen. Saudara hendaklah memahami Islam sepertimana kami fahami, dalam lingkungan prinsip 20 yang serba ringkas ini"

Prinsip Pertama:

"Islam adalah sistem hidup yang syumul, mencakupi seluruh fenomena kehidupan. Maka ia adalah negara dan tanah air atau kerajjan dan ummat; akhlaq dan kekuatan atau rahmat dan keadilan; kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman; material dan kebendaan atau usaha dan kekayaan; jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah. Sepertimana ia adalah 'aqidah yang sebenar dan 'ibadat yang sahih tanpa ada bezanya"

Prinsip Kedua:

"Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah yang suci adalah sumber rujukan bagi semua muslim untuk mengetahui hukum hakam di dalam Islam. Al-Quran difahami selari dengan kaedah Bahasa 'Arab tanpa memberat-beratkan dan membuta tuli dan memahami hadith yang suci bersumberkan periwayat-periwayat yang thiqah"

Prinsip Ketiga:

"Pada iman yang benar dan 'ibadat yang sohih serta mujahadah terdapat 'Nur' dan kemanisan yang dicampakkan oleh Allah ke dalam hati di kalangan hambaNya, menurut siapa yang Dia kehendaki. Namun, ilham, lintasan hati, kasyaf (pandang tembus) dan mimpi bukanlah dalil-dalil (hujah) bagi hukum syara'. Ia tidak diambilkira melainkan dengan syarat ia tidak bertembung dengan hukum hakam agama dan nas-nasnya"

Prinsip Keempat:

"Tangkal. azimat, al-wad', al-makrifah, tukang tilik, dan dakwaan mengetahui perkara ghaib semuanya adalh perkara mungkar yang wajib diperangi kecuali mengandungi ayat Al-Quran atan mentera (jampi) yang ma'thur"

Prinsip Kelima:

"Siasah Syar'iyyah. Pandangan Imam (pemerintah) atau Naibnya (timbalannya) pada perkara yang tidak mengandungi nas, atau pada perkara yang boleh diandaikan beberapa wajah pendapat atau mengandungi "masalih mursalah" boleh dipraktikkan selagi tidak bertembung dengan kaedah syara'. Adakalanya ia berubah bergantung kepada keadaan, 'uruf dan adat. prinsip asal 'ibadat ialah ta'abbud tanpa menghiraukan makna-makna, dan prinsip asal adat ialah melihat kepada rahsia-rahsia, hikmah dan tujuannya"

Prinsip Keenam:

"Pandangan (kata-kata) setiap orang boleh diterima dan ditolak kecuali Nabi SAW yang maksum. Setiap apa yang datang daripada para salafussalih, yang selari dengan Kitab dan Sunnah adalah diterima. Jika tidak maka Kitab dan Sunnah adalah lebih utama untuk diikuti. kita tidak menyarankan sebarang kecaman kepada pribadi tertentu pada masalah yang diperselisihkan. terserah kepada niat mereka, apa yang mereka lakukan telah berlalu.

Prinsip Ketujuh:

"Setiap muslim yang tidak mencapai tahap mampu (meneliti) dalil-dalil bagi hukum hakam cabang (dalam agama) hendaklah mengikuti imam (para mujtahid) dan 'alim 'ulama. Ada baiknya juga, disamping mengikuti 'alim 'ulama' dia berijtihad sekadar termampu untuk mengetahui dalil-dalil (hukum hakam agama). Ia juga hendaklah menerima tunjuk ajar yang beserta dengan dalil, sekiranya pasti kebaikan mereka dan keilmuannya. Sekiranya ia dari kalangan ilmuan maka hendaklah ia menampung segala kekurangan ilmiyyah sehingga ia mampu untuk sampai martabat mampu meneliti (hukum hakam).

Prinsip Kelapan:

"Perselisihan fiqh pada perkara cabang tidak seharusnya menjadi punca perpecahan dalam agama dan mengheret kepada permusuhan dan saling benci-membenci. Setiap mujtahid mendapat ganjarannya. Tiada salahnya membuat penjelasan ilmiyyah pada masalah perselisihan di bawah naungan rasa mahabbah kerana Allah dan saling bertolong-bantu untuk mencapai hakikat (kebenaran) tanpa mengheret kepada perdebatan yang tercela dan rasa ta'assub"

(BERSAMBUNG) 

No comments:

Post a Comment