Detik Waktu

Sunday, October 24, 2010

Islamophobia Najib vs Fesyen Islam Rosmah

Sebulan lepas Dato' Seri Najib berbicara pasal Islamophobia. Katanya, Malaysia sedia bantu Amerika Syarikat dalam menyebarkan dan memberikan maklumat dan gambaran yang sebenar pasal Islam. Maka ramailah 'anak-anak buah' beliau menyatakan sokongan dan memberikan cadangan. Ada yang ingin menghantar pensyarah-pensyarah ke AS sebagai pendakwah dan menerangkan Islam yang sebenar. Dan banyaklah juga cadangan dan nasihat dari "bukan pihak Najib" berkenaan Islamophobia. Antara nasihat yang diberikan ialah meminta Dato Seri Najib mengatasi masalah Islamophobia di Malaysia dulu terutamanya dikalangan masyarakat Islam itu sendiri.

Tiba-tiba, minggu lepas timbul pula isu fesyen Islam. Islamic Fashion Festival, yang diadakan di Monte Carlo telah mencemarkan nama Islam dan memberikan gambaran yang salah tentang Islam. Salah satu pakaian yang diperagakan mempunyai tulisan Muhammad dalam Bahasa Arab, yang mana pakaian yang dikatakan bercirikan Islam itu ketat dan mendedahkan tubuh badan si pemakai. Kenapa ia menjadi isu di Malaysia?  Sedangkan ianya berlaku di tempat lain. Yang menariknya, individu yang menjadi penaung festival ini ialah Datin Seri Rosmah, isteri kepada PM Malaysia. Justeru, sebagai penaung, ramai yang berpendapat Rosmah patut dipersalahkan atas isu ini. Walaupun ada ulama' muda yang cuba mempertahankannya!

Persoalannya, mengapa Rosmah boleh mengepalai festival sedemikian? Fesyen yang jauh sekali dari ketetapan Islam dan jelas sekali melanggar syari'at Islam. Adakah Rosmah Islamophobist (phobia dengan Islam yang sebenar) dan tidak faham tentang Islam? Jikalau YA, apa lagi yang Dato' Seri Najib tunggu-tunggukan! Buktikan keikhlasan niat Dato' Seri untuk mengatasi Islamophobis. InsyaAllah, kalau Dato' Seri Najib mampu ubah dan pimpin isteri, Dato' juga mampu pimpin masyarakat. Jika tidak, maka faham-fahamlah!

Aku tak tahu nak komen apa lagi. Aku rasa sudah banyak komen-komen dan nasihat-nasihat dari pelbagai pihak berkenaan isu ini. Cuma aku ingin menyatakan pendirian aku sebagai seorang Muslim dan sebagai seorang rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara.

Aku amat kesal dengan apa yang berlaku dan merasakan sepatutnya sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri bagi sebuah negara ummat Islam, aku berpendapat Datin Seri Rosmah tidak sepatutnya sedikit pun terlibat dengan penganjuran fesyen sesat tersebut. Aku menuntut Datin Seri Rosmah untuk memberikan penjelasan dan memohon maaf kepada seluruh ummat Islam bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia, kerana ia mencemarkan imej dan kesucian Islam dan menjatuhkan maruah ummat Islam itu sendiri. Aku juga menuntut agar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib memberikan penjelasan atas kehadiran beliau di majlis tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas keterlibatan isteri beliau secra lansung dalam penganjuran fesyen tersebut.


Disamping itu, aku berharap agar para ulama' dan cendekiawan Islam dapat menasihati pasangan suami isteri ini khususnya dan juga para pemimpin negara yang lain amnya, dengan nasihat yang tegas dan jelas tentang segala kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan ketika memikul amanah sebagai pemimpin negara. Aku berharap agar para ulama' tidak sekadar berdiam diri dan bersikap acuh tidak acuh terhadap isu sensitif ini.  Inilah masanya untuk para ulama' mengambil peluang untuk memberikan penjelasan yang tepat kepada rakyat Malaysia agar tidak timbul salah faham dengan ajaran Islam sehinggakan boleh membawa kepada masalah Islamophobia di kalangan masyarakat.

Dan aku juga berharap agar pihak yang berkenaan (merujuk kepada pakar agama dalam kerajaan) agar bersikap lebih profesional dan lebih adil dan tepat dalam membuat kenyataan dan pandangan dalam isu ini dan juga isu Islam yang berkaitan. Ketepikan jawatan, pangkat dan segala bentuk hubungan dalam memberikan hujjah dan jawapan kepada isu sebegini. Rakyat memerlukan jawapan yang tepat dan jelas. Jika kenyataan yang diberikan adalah sekadar untuk membela yang bersalah dan bersifat 'mengampu', serta tersasar dari lingkungan perbincangan, maka aku pasti ini akan membuat rakyat jadi semakin bingun dan keliru serta boleh menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar.


Kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam, kita perlu melengkapkan diri kita dengan ajaran Islam yang mencukupi, tepat dan jelas. Ia sebagai persediaan kita apabila berhadapan dengan situasi seperti ini. Dan kita sewajarnya, atas dasar Aqidah dan kecintaan kepada Islam dan Rasulullah SAW, menyatakan bantahan kita terhadap penganjuran fesyen sebegini dan penglibatan pemimpin Islam dalam majlis ini. Kita mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya terhadap penghinaan yang dikenakan ke atas kesucian Islam dan menuntut PM untuk meletak jawatan atas kegagalan memberikan contoh kepimpinan yang baik.


Lensa IFF - Satu Kesesatan Yang Nyata!













SAY NO TO IFF!

No comments:

Post a Comment