Assalamu'alaikum...
Ahad malam yang sunyi di rumah sewaku. Rakan-rakan serumah majoritinya sedang berehat. Penat mungkin. Seharian melayan tetamu yang sudi hadir untuk memeriahkan rumah terbuka Riyadus Solihin. Malam sebelumnya, sibuk dengan persiapan. Memang memenatkan, tetapi amat menggembirakan. Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan jiran tetangga yang sudi hadir ke rumah terbuka RS. Ada rezeki, raya qorban nanti boleh buat lagi, InsyaAllah.
Memandangkan hari ini merupakan hari pertama aku bergelar seorang blogger (bangga rasanya), aku ingin berkongsi dengan anda semua kenapa akuo memilih "Persiapan di Persinggahan" sebagai tajuk blog ni.

Persiapan di Persinggahan, secara umumnya bermaksud persiapan yang perlu kita lakukan di dunia ini sebelum kita sampai ke tempat pengakhiran kehidupan yang abadi, iaitu akhirat. Sebagai seorang muslim, kita meyakini bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja, bukan sesuatu yang kekal. Akan tiba suatu hari di mana dunia ini akan hancur dan berlaku hari Qiamat, maka kita semua akan mati sebelum dibangkitkan kembali di padang mahsyar untuk permulaan kehidupan akhirat yang kekal abadi.
"Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan senda gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahui." (QS Al-Ankabut ayat 64)
Allah menciptakan manusia dan menempatkan kita semua di dunia ini adalah untuk menguji kita semua. Allah ingin melihat sejauh mana kita semua patuh dan taat kepada arahan dan peraturan yang ditetapkanNya di dunia ini. Kita diamanahkan dengan dua jawatan yang besar iaitu HAMBA dan KHALIFAH. Dan di akhirat kelak, segala perbuatan kita akan dipertontonkan dan kita akan dihisab di hadapan keseluruhan manusia yang pernah hidup di muka bumi ini, yang mana natijahnya hanyalah dua iaitu syurga atau neraka.
Justeru, menjadi satu kewajipan kepada kita untuk melakukan persediaan yang rapi di dunia ini sebelum kita sampai ke alam akhirat agar kita tergolong dalam golongan mereka yang akan mendapat rahmat dan nikmat kegembiraan di sana kelak. Banyak bekalan yang perlu kita siapkan dan bekalan yang terbaik sekali ialah taqwa.
Dunia adalah persinggahan yang sementara. Akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi. Maka dunia bukanlah tempat untuk kita bersenang lenang, bukanlah tempat untuk kita berseronok dan bersuka ria, ia adalah tempat untuk kita mempersiapkan diri kita dengan bekalan-bekalan yang sepatutnya menuju ke alam akhirat. Semoga persiapan kita mencukupi dan diterima Allah SWT kelak. Siru 'Ala Barakatillah.
Insan Rabbani,
Kuantan, Sep 2010.

No comments:
Post a Comment