Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah, dengan segala hidayah dan kekuatan yang diberikan oleh Yang Maha Berkuasa, akhirnya aku telah mengambil keputusan untuk melibatkan diri dengan dunia blog. Sebenarnya sudah lama aku bercita-cita untuk memiliki blog sendiri, namun dek kerana merasakan diri tidak mampu untuk istiqamah dengan dunia blog dan keterbatasan waktu, aku menanguhkan hasrat tersebut sehingga ke minggu lepas. Dan Alhamdulillah, setelah memikirkan inilah masa yang sesuai dan merasakan diri mampu untuk kekal dan istiqamah berkongsi dalam dunia blog, maka terhasillah sebuah blog yang bertajuk "Persiapan di Persinggahan". Semoga aaku diberikan kelapangan, kemudahan dan kekuatan oleh Allah untuk istiqamah dan kekal berkongsi dengan anda semua di blog ini. Semoga apa yang akan dikongsikan dalam blog ini akan memberikan manfaat kepada semua yang sudi menjenguk dan membaca blog ini. Siru 'Ala barakatillah.
Insan Rabbani,
IM2 Kuantan.
26 September 2010.
No comments:
Post a Comment