Detik Waktu

Thursday, June 28, 2012

AKU FUTUR?

Dulu,
Aku seorang daie yang aktif,
Aku seorang ahli gerakan yang komited,
Aku seorang pimpinan yang amanah,

Dulu,
Usrah itu makananku,
Dakwah itu hobiku,
Liqa’ itu masa rehatku.

Dulu,
Ada seruan bingkas ku sahut,
Ada panggilan terus ku jawab,
Ada program lantas ku hadir.

Dulu,
Amanah sebagai pimpinan mengikatku,
Amanah sebagai naqib mengunciku,
Amanah sebagai ahli merantaiku.

Dulu,
Ada pimpinan untuk mengetuai,
Ada naqib untuk menasihati,
Ada sahabat untuk berkongsi.

Dulu,
Ada masaku untuk tarbiyah,
Ada tenagaku untuk dakwah,
Ada hartaku untuk siasah.

Itu dulu,
Dulu yang telah berlalu.

Kini,
Aku sudah berkerjaya,
Aku sudah berkeluarga,
Aku sudah menjadi bapa.

Kini,
Usrah entah ke mana,
Dakwah sudah dilupa,
Liqa’ tiada hadir jua.

Kini,
Program Tarbiyah jauh di mata,
Aktiviti Dakwah tiada lagi usaha,
Agenda Siasah lagilah dilupa.

Apakah ini satu barah?
Ataupun ia satu fitnah?
Inikah juga mehnah?

Apakah aku sudah futur?

1 comment:

  1. Selamat menghayati bulan ramadhan..mga keluar akademi ramadhan dgn tarbiyyah yg mntap sbgai bekal menhadapi cabaran mendatang..=): Entry Terbaru : Nisa' Kelantan Sana Sini

    ReplyDelete