Detik Waktu

Thursday, March 22, 2012

PUISI PERUBAHAN

Intai hamba sementara nampak
jangan kelak rindu rinduan
Apa yang berlaku jangan tak nampak
kelak hidup tidak keruan

Raja adil raja disembah
raja zalim raja disanggah
hamba merayu di bumi berkah
ayuh rakyat cepat berubah

Kata tua lenguh belikat
kata muda akal cerdas
indeks rasuah masih meningkat
media pula tidak bebas

Adat bertemu bertanya khabar
adat bertamu berkirim bekal
maruah negara kian tercalar
demokrasi kabur di bumi glokal

Melafaz cinta di menara Taj Mahal
kasih sayang bertaut erat
keperluan asas semakin mahal
kos hidup terus menghambat

jauh berjalan banyak pengalaman
luas pandangan bijak perhitungan
negara berkebajikan satu tawaran
untuk rakyat buat pertimbangan

khabar indah berbanding rupa
penglipur lara mengubat resah
PRU 13 jangan dilupa
peluang rakyat untuk berubah

Kayuh basikal keliling negara
Jelajah Orang Muda untuk Perubahan
insan berakal sayang negara
tidak mungkin dibiar tanpa perubahan.

Hasil nukilan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
 



(Lantas aku menyahut)


Anak muda bangkit bersama,
Menyokong perubahan bagi negara,
Biar Islam menjadi asasnya,
Agar masyarakat aman sentosa.

Ayuh semua anak bangsa,
Menolak pemimpin tamak haloba,
Pilih yang beramanah lagi mulia,
Damai di dunia dan akhirat jua.

Sahutan,
Insan Rabbani.
 

No comments:

Post a Comment