14 Februari merupakan tarikh keramat bagi pasangan yang sedang bercinta. Itulah hari khas bagi mereka konon-kononnya. Itulah hari di mana mereka boleh membuktikan kesetiaan, kepaduan, keikhlasan dan kekuatan cinta mereka. Cinta yang disemai antara dua individu, si jejaka/teruna dan si dara.
Hari tersebut mereka sambut dengan begitu meriah dan penuh gilang gemilang. Pada hari itu, segala-galanya hanyalah untuk pasangan kekasih mereka. Sehinggakan tubuh raga pun sanggup digadaikan, demi membuktikan kesetiaan dan keikhlasan cinta antara mereka.
Inilah situasi yang berlaku di seluruh dunia pada tarikh ini. Tidak ketinggalan di negara-negara Ummat Islam. Mereka yang dilamun cinta dan sedang berkasih mesra menyambut hari ini bagaikan ianya adalah satu kewajiban bagi mereka. Ramai ummat Islam, khususnya golongan muda mudi yang sama-sama meraikan hari kekasih ini. Bahkan, kadang-kadang sambutan mereka lebih meriah dan dasyat lagi berbanding dengan sambutan yang dilakukan oleh orang-orang barat ataupun non-Muslim.
Sedar tidak sedar, media massa di negara kita pun turut sama-sama memeriahkan dan meraikan sambutan hari kekasih ini. Stesyen-stesyen televisyen terutamanya, akan menayangkan drama-drama dan filem-filem khas sempena dengan sambutan hari kekasih ini. Tidak ketinggalan stesyen-stesyen radio yang turut mendendangkan lagu-lagu yang bertemakan percintaan dan seumpama dengannya. Inilah keparahan yang berlaku di negara-negara Ummat Islam termasuklah Malaysia.
Persoalannya, di manakah peranan Ulama', Mufti-mufti, dan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan urusan Islam dalam mengatasi dan menerangkan tentang perkara ini kepada masyarakat? Ya, tidak dapat dinafikan, terdapat sejumlah tulisan-tulisan dan pandangan-pandangan yang dilontarkan oleh golongan cendekiawan agama di dalam blog-blog mahupun majalah-majalah ilmiah tentang hukum sambutan hari kekasih ini, namun pada aku itu tidak mampu untuk mengatasi promosi-promosi yang dilakukan oleh pihak media massa dan media elektronik tentang hari kekasih ini.
Dan hakikatnya, sambutan Hari Kekasih ini disambut lebih hebat dan meriah di negara-negara Islam berbanding dengan negara-negara barat atau non-muslim yang lain. Maka bergembiralah dan bergelak ketawalah golongan-golongan ektremis agama Christian mahupun orang-orang Yahudi melihat gelagat ummat Islam yang menyambut Hari Valentine ini dengan meriah sekali. Inilah kemenangan bagi mereka, apabila ramai muda-mudi Islam tanpa segan silu dan rasa bersalah menyerahkan dan menggadaikan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan cinta mereka kepada pasangan kekasih masing-masing.
Di sini aku lampirkan beberapa link yang berkaitan dengan Hukum Sambutan Hari Valentine. Semoga ianya menjadi satu pengajaran dan maklumat yang berguna kepada kita untuk disampaikan kepada adik-beradik, sanak saudara, sahabat handai malahan kepada seluruh ummat Islam yang lain.
No comments:
Post a Comment