Detik Waktu

Thursday, March 31, 2011

PANTUN: PEJUANG DAN PERJUANGAN

pohon cemara rendang membayang
menambah ceria kedamaian desa
mohonlah pejuang dihujung sembahyang
bebaskan negara kepalang dosa
mohonlah pejuang dihujung sembahyang
bebaskan negara kepalang dosa
perangi fitnah pancung dilayang
bersihkan noda sucikan nusa
perangi fitnah pancung dilayang
bersihkan noda sucikan nusa
pejuang berhemah langsung dijulang
sisihkan rasa menyumbang jasa
pejuang berhemah langsung dijulang
sisihkan rasa menyumbang jasa
pantang ummah mengusung petualang
gigih berdakwah menggalang masa
pantang ummah mengusung petualang
gigih berdakwah menggalang masa
rakyat resah dirundung malang
habis sepah dibuang penguasa
rakyat resah dirundung malang
habis sepah dibuang penguasa
usah menadah disangkar jalang
bangkit meredah nan perkasa
pipih dilayang sauh di dasar
sireh dimayang pauh dicicah
gigih berjuang berjiwa besar
berkasih sayang jangan berpecah
gigih berjuang berjiwa besar
berkasih sayang jangan berpecah
biar dihalang tidak tersasar
letih bergelanggang redha mencecah
biar dihalang tidak tersasar
letih bergelanggang redha mencecah
dakwah dikekang usah gusar
bertarung di medan kepalang acah
dakwah dikekang usah gusar
bertarung di medan kepalang acah
hikmah ditatang tanpa berkasar
santuni ragam berselut lecah
[Dari Facebook Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi]

No comments:

Post a Comment

Post a Comment