Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah atas segala nikmat yang diberikan kepada aku sehingga saat ini. Tidak terhitung banyaknya dan tidak ternilai harga semua nikmat itu. Yang mampu kita semua lakukan hanyalah mengabdikan diri kepada Allah, sebagai satu-satunya cara kita mensyukuri nikmat-nikmat tersebut.
Dua malam yang lepas, aku dibentangkan dengan dua perkara. Satu merupakan tuntutan amal Islami yang menjadi tanggugjawab diri dan satu lagi merupakan hal keseronokan duniawi yang menjadi minat diri. Kedua-duanya berlansung serentak. Mana yang perlu aku pilih? Tuntutan amal Islami atau keseronokan duniawi? Atau memilih kedua-duanya dengan menjadikan salah satunya awlawiyyat yang perlu didahulukan. Alhamdulillah, atas dasar kefahaman yang ditanam dan dipacak melalui program-program dan aktiviti-aktiviti tarbiah yang telah aku lalui selama ini, aku mampu untuk memenuhi kedua-dua perkara tersebut. Amanah tertunai, hasrat hati tercapai. Satu kelegaan dan ketenangan yang tidak dapat digambarkan.
Selepas selesai menunaikan amanah diri dan memenuhi hasrat hati, aku pulang ke rumah. Jam menunjukkan hampir pukul 11 malam. Terasa lapar pula. Aku ke dapur, tengok-tengok kalau masih ada baki makanan dari petang tadi. Alhamdulillah, masih ada yang lebih. Aku mengisi perut sambil menyelongkar laptop mencari sesuatu yang boleh aku tonton dan lihat sambil-sambil makan. Aku memilih untuk melihat kembali filem "Sang Murabbi", yang menceritakan kisah hidup seorang Muraabi berjiwa besar, Ustaz Rahmat Abdullah. Banyak sekali pengajaran dan panduan untuk para dai'e yang boleh diambil dari filem ini.
Aku amat tertarik dengan satu babak di mana Ustaz Rahmat menasihati adiknya, Awi yang suka berjudi dan bertaruh "ayam laga" sehingga menimbulkan pergaduhan dengan rakan-rakannya. Satu ucapan nasihat yang penuh hikmah dan sebenarnya kena ke atas kita semua.
"Ni, kandang ayam buat lu (kamu). Jangan cuma ayam dong yang lu (kamu) kandangi, kandangi juga nafsu lu (kamu)", nasihat Ustaz Rahmat kepada adiknya.
Nasihat berkenaan dengan NAFSU! Nafsu, salah satu komponen atau sumber dalam badan manusia. Tanpa nafsu, kita tidak akan mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu dan tidak akan merasai kenikmatan daripada perkara yang kita lakukan itu. Nafsu kita boleh diuruskan ke jalan yang betul dan cara yang baik, dan boleh juga kita halakan ke arah dan cara yang salah lagi sesat. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sudahkah engkau (Muhammad) melihat orang yang menjadikan keinginannya sebagai tuhannya. Apakah engkau akan menjadi pelindungnya?" (Al-Furqan: 43)
Dalam pemerhatian aku, ramai orang yang apabila berbicara tentang nafsu, mereka hanya melihat pada sudut yang negatif sahaja. Nafsu ini begitu dan begini (merujuk kepada ciri-ciri dan perkara-perkara yang negatif). Sedangkan tidak ramai yang cuba untuk membincangkan satu skop kefahaman yang lebih luas mengenai nafsu. Melihat sudut positif mengenai nafsu. Sedangkan ulama' membahagikan nafsu kepada 3 jenis yang utama (walaupun di sana ada yang membahagikan kepada 7 jenis) iaitu, nafsu amarah, nafsu lawwamah dan nafsu mutmainnah (sila rujuk link di bawah untuk maklumat lengkap mengenai jenis-jenis nafsu ini).
Aku tidak mahu mengulas panjang mengenai jenis-jenis nafsu ini. Apa yang aku ingin fokuskan ialah satu kesedaran betapa pentingnya kita semua perlu berusaha untuk mengawal, memimpin dan mengandangi nafsu kita menurut Syariat Islam. Keinginan nafsu yang gagal untuk dikawal, gagal untuk dipimpin, malah gagal untuk dikandangi akan menjerumuskan kita kepada melakukan maksiat kepada Allah. Nafsu adalah sesuatu yang bersifat kuat, gagah dan mudah diperdaya. Sebab itulah, dalam usaha untuk mengekang dan mengawal nafsu, Allah SWT membekalkan manusia dengan dua senjata utama, iaitu 'Aqal dan hati.
Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nazi'at, yang bermaksud:
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari (keinginan) hawa nafsunya, maka sesungguhnya, syurgalah tempat tinggal(nya)" (An-Nazi'at: 40-41)
'Aqal dan hati perlu digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mengawal dan mengandangi nafsu. 'Aqal dan hati perlu menjadi pemimpin kepada nafsu, bukan yang dipimpin oleh nafsu. Dan, 'Aqal dan hati perlulah dipimpin dan disirami dengan bunga-bunga dan buah-buah tarbiah serta kefahaman-kefahaman Agama, agar ia mampu menjadi pemimpin yang mampu dita'ati dan diwala'i oleh nafsu. 'Aqal dan hati perlu ditarbiah dan dilatih supaya menjadi kuat, mantap dan teguh, kerana dugaan dan cabaran daripada nafsu bukanlah sedikit, mudah dan biasa-biasa sahaja.
Kata Imam Shadiq as: "Janganlah kalian biarkan jiwa bersandingan bersama hawa nafsu. Kerana hawa, nafsu dan ketergelinciran lidah yang tidak bertulang".
Kemampuan dan kejayaan kita mengawal dan mendidik nafsu akan memastikan kita sentiasa menjadi Mukmin yang baik dan menjadi seorang Muslim yang sentiasa menjaga batas-batas agama. Manakala kegagalan dan kecuaian kita dalam mengawal dan mengandangi nafsu akan menyebabkan kita berada dalam kemurkaan Allah kerana kita sentiasa akan menuruti keinginan hawa nafsu kita yang sentiasa cenderung kepada melanggari dan menyalahi perintah Allah SWT. Ayuh semua, kita berjihad melawan, mengawal dan mengandangi nafsu kita supaya ia sentiasa berada di dalam batas-batas agama. Semoga kita tidak tewas dengan HAWA NAFSU kita!
"Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya. maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku" (Al-Fajr: 27-30)
Link:
1) Jenis-jenis nafsu 1
2) Martabat nafsu

No comments:
Post a Comment