Detik Waktu

Thursday, December 23, 2010

Komentar Kuliah Tafaqquh Fi Ad-deen (Sheikh Nuruddin)

Tarikh: 21/12/2010
Tempat: Masjid KIPSAS
Masa: 7.45pm - 9.45pm
Penceramah: Sheikh Nuruddin Al-Banjari Al-Makki
Tajuk: هو وهي 
Muqaddimah

- Beliau telah memberikan satu teguran kepada para hadirin yang tidak turut sama dalam berqasidah, sebaliknya hanya mendengar.

- Katanya qasidah, selawat, puji-pujian dan seumpama dengannya bukan sekadar untuk kumpulan yang menyampaikan, tetapi adalah hak setiap orang

- Kumpulan yang menyampaikan hanyalah sebagai 'kepala' yang memimpin dan mengetuai qasidah tersebut

- Beliau menegaskan, ramai anak-anak muda mampu menghafal lirik-lirik lagu dan nyanyian dan mampu untuk menyanyi bersama para penyanyi di konsert-konsert dan sebagainya, namun mengapa tidak dengan qasidah-qasidah, selawat-selawat dan seumpama dengannya. Ini yang lebih penting untuk diingat dan diucapkan.

Pengisisan Kuliah

- Tajuknya: HUWA (ganti diri bagi 'dia' lelaki) dan HIYA (ganti diri bagi 'dia' perempuan)

- Asasnya semua manusia adalah HUWA dan HIYA

- HUWA dan HIYA menunjukkan satu persamaan level manusia dengan menafikan pangkat, gelaran, jawatan, kedudukan dan yang seumpama dengannya

- Samaada anda ini doktor, atau guru, atau perdana menteri, atau pengarah syarikat, atau dato, atau tan sri, atau sesiapa sahaja, asasnya jika lelaki, anda hanyalah HUWA dan jika perempuan, anda hanyalah HIYA.

- Dan inilah asas yang telah dibawakan oleh Rasulullah SAW ketika memperkenalkan Islam kepada masyarakat Jahiliyyah Makkah. Kesamarataan antara manusia.

- Hasil dari konsep kesamarataan inilah, Islam mampu mendidik ummatnya untuk mempunyai ukhwah Islam yang baik, tali persaudaraan yang utuh, saling hormat-menghormati dan sebagainya.

- Benar sekali kata-kata sheikh, inilah hakikat Islam. Adil dan saksama. Tidak membezakan antara manusia. Lihat sahajalah dalam ibadah, tidak dinilaikan sedikit pun pangkat, kedudukan, gelaran dan seumpamanya.

- Ambil sahaja contoh solat, semua makmum yang datang dari pelbagai kedudukan dan lapisan masyarakat mampu untuk mengikut seorang imam. Lebih dari itu, dengan pergerakan yang sama, bacaan yang sama dan dalam saf-saf yang tersusun rapi, tanpa mengambilkira sebarang kedudukan, jawatan dan seumpamanya, dan merekah hanyalah HUWA dan HIYA, mereka menunjukkan perpaduan dalam ibadah kepada Allah.

- Tanggungjawab HUWA dan HIYA adalah sebagai khalifah di muka bumi Allah

- Segala ciptaan Allah yang lain adalah untuk berkhidmat kepada manusia dan membantu manusia dalam menunaikan amanah sebagai seorang Khalifah Allah.

- Manusia adalah sebaik-baik ciptaan, sebab itulah mereka selayakknya menjadi khalifah Allah. Namun amanah khalifah bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditunaikan, ianya juga bukanlah sesuatu yang susah untuk dilaksanakan.

- Ianya menjadi mudah bilamana Khalifah itu mengikut segala arahan Allah SWT dan juga sunnah rasulullah SAW, maka ia akan menjadi sukar jika sebaliknya.

- HUWA dan HIYA tidak boleh berdiri dengan sendiri. Di sana wujud hubungan secara intra dan inter antara kedua-duanya.

- HUWA memerlukan HUWA yang lain, begitulah juga HIYA. Malah HUWA juga memerlukan HIYA, dan begitulah sebaliknya. Perhubungan ini perlulah dibina berlandaskan syariat Islam.

Sampingan

- Sheikh menegur mereka yang gagal untuk menjaga adab di dalam masjid dan juga ketika dalam kuliah.

- Kalau di tempat-tempat lain (contohnya istana) kita mampu menjaga adab dan tatasusila di hadapan seorang raja, kenapa kita tidak mampu menjaga adab di rumah Raja segala raja.

- Kalau di rumah Allah kita tidak mampu menjaga adab, bagaimana pula di luar.

1 comment:

  1. Syukran kathir ats perkongsian.
    Lm x mendengar kuliah Syeikh Nuruddin.
    Teruskan berkongsi, dptla ana & shbt2 yg lain mendpt input2 drpd kuliah yg nta hadhiri.
    Syukran.

    ReplyDelete